Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, November 15, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH PAS ZON BERUNTUNG & BUKIT SENTOSA


Cawangan PAS Baru lulus!
Alhamdulillah bersyukur pada Allah bila dibukakan hati dan minda penduduk Taman Kesumba , Bukit Beruntung yang menyertai perjuangan PAS yang sebelum ini di bawah naungan Cawangan PAS Bukit Sentosa 2 telah mendapat kekuatan memohon membuka Cawangan Penaja PAS Cawangan sejak bulan Januari 2010 yang dinamakan PAS Cawangan Taman Kesumba , Bukit Beruntung. Dan Akhirnya pendaftaran mereka telah diluluskan dan secara resminya melakukan Mesyuarat Cawangan kali 1/2010 semalam.

Seperti sirih pulang ke ganggang Sdr Zakaria yang sebelum ini mengetuai perjuangan aktiviti PAS dan kemasyarakatan serta penubuhan penaja terus dipilih sebagai Ketua Cawangan secara resminya dan akan dibantu timbalannya iaitu Ustaz Muhammad.

Perasmian Mesyuarat dihadiri pemerhati dari AJK dan Ahli PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 melalui Timbalan Ketua Cawangan yang memangku Ketua PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 Sdr Rahmat bersama bendahari, S/U dan Ketua Penerangan. Untuk makluman, Ketua PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 berada di Sabah dan sentiasa mengambil tahu aktiviti dan terus menyumbangkan apa saja keperluan setakat kemampuan beliau walaupun dari jauh.


Majlis mendapat kunjungan istimewa dari Timbalan YDP PAS Kawasan Sdr Naharuddin dan S/U PAS Kawasan Sdr Azhar dan juga Ketua Zon PAS Beruntung/Sentosa Ustaz Wan Shamsuddin.


Melalui Timbalan YDP , beliau memaklumkan bahawa YDP Pas Kawasan mengirim salam dan beliau sedang mengerjakan haji di Mekah.

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Sejuta tahniah diucapkan kepada penduduk Taman Kesumba dan salam perjuangan kepada saudara zakaria bersama sahabat-sahabat beliau kerana dapat memmbuka cawangan Pas disana(TamanKesumba)tanpa menghirau pelbagai mehnah atau tribulasi demi melihat sebiji mutiara tertanam disana untuk kebaikan dan keberkatan dari Allah swt.Semoga saudara dan jemaah saudara dimasukkan kedalam golongan yang dibanggakan dan disebutkan oleh nabi Muhamad saw. mengenai ummatnya diakhir zaman yang tidak berada dizaman beliau,tidak pernah melihat beliau tapi dengan kental lagi bersungguh untuk mengikut sunnah beliau dan meneruskan perjuangan Islam.Teruskan berjuang dengan sabar,tabah,berani,hikmah dan cintaikan Allah dan rasullah saw.Allahuakbar,allahuakbar,allahuakbar