Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, November 24, 2010

CHE DET, PAK LAH, PROJEK HSA , SUNSHINE FLEET SERTA DOT! DOT! DOT!

Akhirnya Sub-kontraktor mengadu kepada Sultan Selangor setelah kerugian RM43 juta, apabila syarikat kontraktornya - yang dikuasai kerabat Sultan Selangor - dalam Projek Hospital Shah Alam (HSA) menggunakan kedudukan dan kemudahannya untuk menuntut wang daripada sub-kontraktor tersebut.

Raja Petra Kamaruddin pernah mendedahkan surat yang berkaitan dengan skandal yang melibatkan anggota kerabat Sultan Selangor dalam laman Malaysia Today yang dikendalinya sebelum ini. Surat tersebut ditulis oleh sub-kontraktor Projek Hospital Shah Alam, iaitu GM Healthcare Sdn.Bhd kepada Sultan Selangor, mendedahkan bahawa Sunshine Fleet Sdn.Bhd yang dikuasai adinda Sultan, iaitu Tengku Arafiah terlibat dalam skandal rent-seeking.

Ketua Pegawai Eksekutif GM Healthcare Sdn.Bhd, Elvin Toh Chen Vin telah mengesahkan kepada MerdekaReview bahawa surat tersebut adalah benar. Menurut Elvin Toh, surat tersebut ditulis oleh GM Healthcare untuk mengisahkan kronologi peristiwa itu kepada Sultan.

Sebagaimana yang diketahui MerdekaReview, Sunshine Fleet yang dikuasai Tengku Arafiah bukan sahaja meminta agar GM Healthcare untuk melangsaikan hutang yang dilonggakkan sub-kontraktor sebelumnya, bahkan menuntut wang tunai dari GM Healthcare melalui pelbagai saluran. Berikutan daripada itu, GM Healthcare kerugian RM43.15 juta, kerana gagal menuntut balik wang yang dibelanjakan, malah kehilangan projek Hospital Shah Alam ini.

Kementerian Jabatan Kerja Raya kini telah membatalkan kedudukan Sunshine Fleet (yang dikuasai Tengku Arafiah) sebagai kontraktor utama projek Hospital Shah Alam, malah dibuka tender semula. Menurut laporan Star pada 3 Oktober, kerajaan telah membayar RM122.50 juta kepada Sunshine Fleet, namun projek ini hanya disiapkan setakat 25.3%.

Perjanjian antara bekas Sultan Selangor dengan Mahathir

Menurut sumber maklumat, penglibatan kerabat Sultan Selangor dalam projek Hospital Shah Alam ini disebabkan perjanjian antara bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dengan bekas Sultan Selangor. Sebagaimana yang dimaklumkan, Mahathir Mohamad mencadangkan projek ini antara tahun 2000 hingga 2001.

Perjanjian direstui oleh Mahathir dengan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada ketika itu adalah tanah diperuntukkan oleh Sultan Selangor, dengan syarat projek tersebut perlu diserahkan kepada anggota kerabat Sultan. Namun, projek ini ditangguhkan, malah tidak dilaksanakan sehingga Mahathir berundur dari jawatan PM. Ia hanya bermula pada zaman PM kelima, Abdullah Ahmad Badawi apabila JKR menyerah projek ini kepada Sunshine Fleet yang dikuasai kerabat Sultan Selangor pada 9 November 2007.

Menurut maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tiga orang pemegang saham utama Sunshine Fleet adalah adinda Sultan Selangor, Tengku Arafiah (70% saham), Azamuddin Shah Abdul Aziz (10% saham) dan Tengku Abdul Samad Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Tengku Arafiah bukan sahaja pemegang saham terbesar Sunshine Fleet, malah menyandang jawatan Pengerusi Eksekutif yang membuat keputusan untuk syarikat.

Rent-seeking

Mengapa GM Healthcare terlibat dalam skandal rent-seeking ini? Menurut Elvin Toh, syarikat ini pada asalnya mengusahakan perniagaan pemborongan perubatan yang diasaskan Chua Zhi Bin. Elvin Toh mengambil alih GM Health pada tahun 2007 dan memegang 50% saham masing-masing bersama Chua Zhi Bin.

Setelah Sunshine Fleet memperolehi projek bernilai RM482.60 juta dari JKR pada November 2009, maka GM Health diundang untuk menyertai pembidaan projek tersebut. Tetapi, akhirnya Tengku Arafiah (gambar kiri) menyerah keseluruhan projek ini kepada Isyoda Sdn.Bhd, dan bukannya GM Helathcare pada 16 November 2007. Menurut perjanjian antara Sunshine Fleet dengan Isyoda ketika itu, Sunshine Fleet "sub" projek ini kepada Isyoda dengan nilai RM451.321 juta, dan mengaut keuntungan RM31.369 juta daripadanya.

Pada hari yang sama, Isyoda mengeluarkan "Letter of Undertaking of Payment" kepada Tengku Arafiah, bersetuju untuk membayar RM46.231 juta kepada Tengku Arafiah. Kontrak yang diambil-alih Isyoda sebenarnya bernilai RM405 juta setelah ditolak angka tersebut.

Maka Tengku Arafiah dan Sunshine Fleet memperolehi keuntungan bersih RM77 juta daripadanya, iaitu RM31.369 juta daripada perbezaan nilai kontrak, dan RM46.231 juta yang diterima Tengku Arafiah.

No comments: