Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, October 22, 2010
WAKIL KELAB UMNO PUJI DSAI MENJELANG PAU
Pemimpin Umno dikritik secara terang-terangan oleh wakil Kelab Umno luar negara (Moscow dan Seoul) dalam rancangan "Sudut Pandang" di Astro Awani sempena Perhimpunan Agung Umno 2010.
Wakil kelab Umno ini mendakwa pemimpin-pemimpin dalam kerajaan (UMNO) susah untuk didekati, banyak protokol dan sebagainya, sehingga menjadi punca penolakan anak muda kepada Umno terutamanya dan seterusnya Barisan Nasional.
Yang mengejutkan sebaliknya mahasiswa pro-kerajaan ini memuji gaya kepimpinan Pakatan Rakyat, khususnya Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang humble, sederhana, mudah didekati dan sebagainya.
Ini mungkin pelik tapi kuasa Allah tiada yang dapat atasi. Kita harus brsyukur dan berdoa agar ramai lagi golongan muda , golongan tua yang belum pencen akan tampil menyatakan yang hak dan yang batil bagi menyedarkan pemimpin UMNO dan ahli yang lain.
Pemimpin UMNO memang silap bila AUKU kepada siswa/siswi terus digunakan yang akhirnya menimbulkan kebencian pelajar pengajian tinggi juga perasaan menyampah pada parti Melayu yang terbesar di Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment