Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, October 20, 2010

TABUNG HAJI BERAT SEBELAH KATA MB BN

Tabung Haji Didesak Ubah Sistem Pilih Bakal Haji
KUALA LUMPUR 19 OKT - Seorang anggota Dewan Rakyat hari ini mendesak pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) mengubah sistem pemilihan bakal haji berasaskan kuota kerana ia menimbulkan banyak masalah, selain terlalu berorientasikan perniagaan.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang membangkitkan isu itu berkata, sistem kuota berkenaan telah menyebabkan ketidakadilan berlaku apabila ada pencarum mendakwa tidak diberi peluang sama rata untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.

"Jadi orang Sabah kata, ini Barisan Nasional (BN) mahu masuk syurgapun ada kuota...dalam Islam kita tahu antara syaratnya (masuk syurga) ialah naik haji...jadi bila mereka tidak boleh naik haji kerana di'control' oleh kerajaan...siapa yang mahu tanggung dosa?

"Dalam televisyen kita nampak ramai rakyat diberi peluang untuk bersuara mengatakan mereka sudah empat, lima, enam kali naik haji...mereka ini tak pakai kuotakah?" katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya TH mengamalkan sistem tidak akan menawarkan peluang sama kepada individu yang telah mengerjakan haji di bawah TH dalam tempoh lima tahun, bagi membolehkan kuota itu diberikan kepada mereka yang tidak pernah menerima tawaran tersebut.

Abdul Ghapur juga mempersoalkan bagaimana kuota 35,000 jemaah haji yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia ditentukan.

"Ke mana kuota 35,000 jemaah itu diberikan kerana apabila kita minta kuota, TH kata sudah tidak ada kuota...tahun ini, seluruh Sabah hanya mendapat 1,000 kuota...sedangkan kalau bagi 2,000 kuota bagi 13 negeripun, baru 26,000," katanya.

Beliau turut bersetuju dengan pandangan Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) yang mencelah bahawa TH kini sudah "lari" daripada asas matlamatnya iaitu memberi kemudahan kepada jemaah haji menunaikan ibadah kepada perniagaan.

"TH ini berfikiran untuk berniaga, ada pakej Zamrud dan macam-macam pakej kerana mahu berniaga. Ada juga pakej am di mana VVIP, kawan-kawan, anak saudara pergi naik haji...bayar RM10,000 semua kelas pertama...ini mana boleh.

"Sedangkan orang miskin hendak kumpul RM10,000 pun kais pagi, makan pagi...kenapa, TH untuk orang kaya sahajakah? Rakyat menabung untuk naik haji, bukan mahu pakej yang mahal-mahal," kata Abdul Ghapur.

1 comment:

Anonymous said...

sokong 1000%

jangan kuota seolah rukun
jangan perkhidmatan menjurus perniagaan melampau batas
jangan jadikan berkasta
dalam mengerjakan ibadat Hj.




(sudirumusibarat)