Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, October 28, 2010

SETAKAT BAWA LAPORAN ATAU NOTA , PEMBANTU MAKMAL LULUSAN SPM PUN BOLEH BUAT !

Karpal Yakin Keterangan Dr Razali Berbeza Dengan Catitan Di Dalam Nota Klinikal

KUALA LUMPUR 28 Okt - Ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh yakin keterangan yang diberikan doktor pakar Hospital Besar Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim adalah berbeza dengan apa yang tercatit dalam nota klinikal yang enggan diserahkan kepada pihak pembelaan.

Perbicaraan kes Fitnah 2 yang bersambung pagi tadi, mendapati pihak mahkamah dan pasukan pembelaan Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibekalkan dua laporan perubatan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang berlainan.

Pada sesi soal balas hari ini, Karpal mengemukakan semula sama ada hakim, Datuk Zabidin Mohd Diah memahami apa yang dituntut oleh pihak pembelaan semalam - iaitu nota klinikal perubatan.

"kekeliruan penghakiman mungkin mengakibatkan salah faham berhubung apa yang dituntut oleh pihak pembelaan sebenarnya. Apa yang kami mahu adalah nota klinikal. Laporan awal perubatan bukan satu isu.” kata beliau.

Perbicaraan kemudian berhenti seketika sementara Zabidin mengarahkan kedua-dua belah pihak mengadakan perbincangan secara tertutup di kamar hakim berhubung tuntutan tersebut.

Prosiding itu bersambung semula dengan Karpal mula bertanyakan soalan kepada Dr Mohd Razali berhubung nota klinikal yang enggan dijadikan sebagai rujukan beliau.

Selepas berkali-kali mengasak dengan pertanyaan itu, mahkamah akhirnya berehat sekali lagi.

Sementara itu, pihak pendakwaan pula menuntut Karpal supaya tidak berbuat demikian.

Seorang lagi peguam, Sankara Nair kemudiannya bangun dan mepersoalkan tindakan pihak pendakwaan yang cuba menghalang peguam menyoal Dr Razali.

Karpal dalam penghujahannya berkata beliau percaya apa yang Dr Razali tuturkan di mahkamah adalah berlainan dengan apa yang tercatit dalam nota klinikal.

Karpal bertanyakan mengenai laporan perubatan bertarikh 13 Julai 2008. Beliau ingin tahu sama ada terdapat laporan yang dikemukakan oleh dua ahli kimia.

Perbicaraan kemudiannya dihentikan dan hakim mengarahkan semua pihak terbabit berbincang di kamarnya buat kali kedua dalam tempoh sejam.

Semalam, Dr Razali memberikan keterangan bahawa hanya terdapat satu laporan kimia.
Beliau turut mengakui terdapat kesilapan dalam laporan terakhir berhubung wujudnya tiga laporan ahli kimia.
Satu daripada laporan kimia itu, PJ F atau 6334/08-2, tidak dinyatakan dalam laporan itu.
Menurut Karpal, PJ F atau 6334/08-1 tidak diberikan kepada pihak pembelaan meskipun ia ditimbulkan dalam laporan terakhir itu.


Mahkamah dihentikan buat kali ketiga pagi ini bagi membolehkan pegawai mahkamah untuk menyemak laporan ahli kimia.
Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan tidak bercadang untuk menenderkan laporan kimia 01, dan atas alasan itu ia tidak dibekalkan kepada pihak pembelaan.

4 comments:

lord reid said...

ELLOO BEWAK HIPOKRIT

BILAQ HANG NAK TOBAT NOOO?
HANG MAIN STOR KUNYIT BUAT APA?
HANGPA BERANI MAI AKU NAK BAGI PENAMPAQ SIAM PASPISPUS SATU KALI KORANG GOL!

hehehe gurau je ngan puak hipokrit

Anti hipokrit said...

salam,

Allah S.W.T. sudah menurunkan petanda kpd umat Islam."air mani dlm dubur saiful" adalah balasan Allah kpd peliwat tegar secara tunai di dunia lagi.

Apa hukumnya org yg masih x mahu menerima kebenaran?

sebagai umat Islam yg cuba bertanggungjawab saya mengambil kesempatan menunaikan kewajipan saya utk menyeru semua yg bersekongkol dgn peliwat tegar ini agar segera bertaubat.

Jika tuan / puan tidak ambil endah maka anda jawablah sendiri di Padang Masyar nanti.

wassallam

Anti hipokrit

Ulama Pewaris Nabi said...

Salam bagi lord reid & anti hipokrit , semoga Allah akan beri hidayah dan bukakan hati kamu berdua dan yang sekapal dengan kamu. Kalau kamu rasa-rasa (boleh rasa pulak) DSAI salah maka berilah ruang beliau bela diri bukan dengan cara bukti tak nak tunjuk lepas tu laporan yg patut dibawa tak bawak. Laporan PUSRAWI mana?

ibadulrahman said...

lord reid dan anti hipokrit,jangan guna agama utk menipu org lain tapi gunalah panduan dalam alquan dan hadith utk melihat kebenaran.jahatnya manusia2 yang mempermain2kan hukum Allah dan berselindung dgn kata2 manis utk kepentingan diri.sayangnya tak ada org percaya lagi dgn kes liwat11 ini.rasanya sumbat je DSAI dalam penjara tnpa bicara,sbb merugikan duit dan masa rakyat je.dan kami semua tak percaya DSAI sejijik itu.

Cuma nak cakap kaki maksiat akan mencorakkan pimpinannya ke arah maksiat.