Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, October 25, 2010

PESANAN ANAFAKIR YANG ELOK UMNO FIKIR

Model politik baru dan model ekonomi baru..pada saya itu mcm terbalik,sepatutnya model baru politik dan model baru ekonomi.Kalau model politik baru, maka ada model politik lama,begitu juga model ekonomi baru, itu bermaksud ada model politik lama.Politik itu tidak berubah,camna nak beza politik lama dgn baru?

Model politik baru, maknanya dulu ada model politik lama..mana model politik lama tu?.Bagaimana bentuknya?.UMNO perlu tukar gaya berpolitiknya tu..kalau setakat ubah model maka lama2 dia akan jadi lama juga.

Saya lebih mngharapkan UMNO lebih mengamalkan politik berdamai,politik bersangka baik dengan musuh politiknya sbb jika berlaku pertukaran kerajaan pun lawan itu akan menjadi pemerintah kepada Malaysia juga.Utk apa berperang?. Mengamalkan politik sengketa rasanya tidak bertamadun.Kita sepatutnya menawar perkhidmatan yg paling baik,bertanding untuk tunjukkan siapa yg boleh bagi ’service’ terbaik utk rakyat bukan ‘berlakon’ sahaja. Tidak juga mengamalkan sikap ‘menghitam’ musuh dengan niat ingin ‘memutihkan’ diri kita.

Jika kita benar2 berkhidmat utk rakyat,tiada apa kita perlu risau.Rakyat akan melihat dan tahu menilai.Namun jika kita berpura2 berkhidmat sdgkan pada dasarnya tidak demikian maka pasti kita akan takut dgn bayang2 sendiri sbb selama ni kita cuma berpura2,hipokrit dgn rakyat.

Buatlah model politik macamana pun jika idealisme perjuangan masih mengamalkan pendekatan bermusuh, memburuk2kan lawan.mereka2 cerita,melakuka cara ‘pembunuh upahan’ membayar pihak tertentu utk jadi kambing hitam atau memutihkan diri kita,sampai bila matlamat yg baik jika caranya tetap salah..hasilnya tetap kotor.

Politik baru jika insan yg berpolitik itu masih dengan model lama,yg ‘tua, rambut kusut masai, kulit kendur, mata kabur, gigi gugur, uban bertabur’ maka itu tidak akan ke mana.Politik model baru haru seiring dng transfomasi batang tubuh ahli politik itu sendiri.Pentarbiahan kepimpinan wajar didahulukan sebelum apa2 model ingin dibina jika tidak,model tinggal model kerana ahli politik yg sama akan tetap dengan cara lama yg sudah sebati dan tepu dlm diri mereka.

DS Najib boleh membina pelbagai mekanisme dan apa2 model namun jika org bawahannya masih dgn ‘kiblat’ lama angan2 baik akan terus jadi angan2 yg teramat2 sukar utk dilamat ke alam nyata.

SELAMAT BERHIMPUN kepada perwakilan UMNO. Jgn jadi sekadar berhimpun sudahlah..bila tiba musim banjir kita berbicara pasal pusat pemindahan banjir,berbincang soal bekalan makanan, soal penyakit berjangkit,selepas musim itu tamat, kita pun lupakan semua apa yg dibincangkan tadi.Sekarang musim hampir PRU maka semua yg dibicara menjurus kepada mencari kemenangan maka pelbagai model,pelbagai cara; pelbagai pendekatan, pelbagai cadangan yg amat2 lunak diutarakan.Namun setelah habis berhimpun, yg mendengar ‘balik asal’ kekal dgn model lama dulu2.Kalau menang dlm PRU pun cadangan, mode dan apa2 sahaja yang baik akan dilupakan.

Biasa lah org berhimpun..sembang2,cakap2, tunjuk hebat pidato lepas tu balik umah tersenyum sbb berjaya menipu org dgn olahan dan ucapan kita yg berapi,penuh semangat, boleh dipraktik,logik dan wajar dilaksanakan sdgkan jauh dalam sudut hati..itu cuma ‘permainan politik’ semata2. Semoga Pehimpunan Agung UMNO sdg berlangsung itu tidak seperti gambaran saya di atas.

Sebab kata org,tidak boleh diletakkan keyakinan dan kepercayaan kepada org politik utk menjaga kebajikan kita kecuali kita yg berusaha sendirian..benarkah begitu, tuan?.Jika benar..maka tak perlu pemimpin politik,biarlah kaki tangan awam dan swasta uruskan negara..

No comments: