Kenapa tiba-tiba baru Menteri Pelajaran, Tan Sri Mahyuddin Yassin nak menyatakan yang subjek Sejarah menjadi subjek teras bagi pembelajaran di peringkat menengah menjadikan subjek ini wajib lulus bagi pelajar yang mengambil SPM ? Kenapa pada tahun 2013 ? Memang perkara ini telah disentuh oleh Timbalan Perdana Menteri itu semasa di Perhimpunan Agung UMNO namun janganlah disebabkan mahu menonjolkan idea baru sanggup mewajibkan lulus Matapelajaran sejarah atau tawarikh .
Jika Menteri pelajaran ini bersungguh menjadikan matapelajaran ini wajib lulus maka dalam masa 2 tahun ini kerahkan semua pihak termasuk Dewan Bahasa Pustaka dan Kementeriannya serta NGO yang berkaitan dan yang berminat bersama-sama membaiki buku-buku sejarah yang tidak betul atau lari fakta contohnya sejarah yang mungkin terubah disebabkan politik. Misalnya pastikan fakta-fakta seperti Dato Seri Anwar adalah TPM yang ke berapa, dan Menteri Pelajaran yang ke berapa dan sebagainya. Jangan disebabkan bekas menteri tersebut telah menjadi musuh politik maka kesan sejarah mereka mahu dibuang begitu sahaja. Sejarah dari fakta parti-parti politik yang telah berjuang semasa menuntut kemerdekaan juga wajar diperbetul mana yang tidak betul atau tidak tepat.
Selama ini Sejarah tidak menjadi pilihan bagi para pelajar diperingkat sekolah menengah menjadikan generasi muda kini yang buta sejarah. Kita tidak mahu kecetekan pengetahuan muda-mudi kini berkenaan tokoh-tokoh utama negara kita. Sampaikan ada yang sudah tidak kenal siapa itu Tunku Abdul Rahman mahupun Tun Abdul Razak. Kedua-dua negarawan ini masih baru berbanding Mat Kilau, Tok Janggut, Dato' Bahaman dan Raja Chulan yang merupakan tokoh-tokoh nasionalis yang lebih lama tentulah tidak dikenali langsung oleh golongan remaja kini. Untuk mengelakkan sejarah negara kita terkubur begitu sahaja maka langkah tersebut di atas amatlah dialu-alukan.
Mengapa belajar sejarah ini sangat penting?
Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan iktibar kepada kita untuk memperbaikki kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan negara mahupun bangsa.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Blog2 pembongkar sejarah realiti negara :
1) mistisfiles.blogspot.com
2) riwayatmelayu.blogspot.com
3) lokalgenius.blogspot.com
4) ibnurusydi.blogspot.com
Post a Comment