Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, October 28, 2010

MENANTI SAAT SEORANG TOKOH PEKEMBAR AKAN KELUAR DARI UMNO

NASIB Umno Kelantan, selepas dikejutkan dengan penjualan alis pelelongan bangunan Umno Kota Bharu dan dibeli oleh Pemuda Pas Kelantan, Umno Kelantan berdepan dengan satu lagi berita menyayukan parti berkenaan. Seorang tokoh parti itu dikatakan akan bertindak keluar dari Umno dalam tempoh terdekat.

Surat keluar dari Umno katanya sudah pun dibuat. Surat itu akan diserahkan pada hujung bulan ini, 30 Oktober. Selepas penyerahan surat itu satu sidang akhbar akan diadakan di Kuala Lumpur. Perhimpunan agung yang baru lalu adalah perhimpunan perpisahan tokoh berkenaan dengan parti yang disertai sejak zaman remaja.

Ternyata ucapan dan rangsangan Najib Razak untuk membawa perubahan dan tranformasi kepada Umno tidak menyentuh hati tokoh berkenaan untuk terus berada dalam Umno. Gilang gemilang wajah puteri mungkin sudah tidak mampu mengikat langkahnya dari keluar dari rumah Umno. Mungkin keadaa Umno sudah teruk berbau sehinggakan beliau mengambil keputusan itu.

Tidak dapat dipastikan apakah tindakan tokoh berkenaan akan disertai dengan segerombolan para pengikut dan penyokongnya? Tidak juga dipastikan apakah tindakan itu satu persaraan beliau dalam politik ataupun akan menyertai parti Pakatan Rakayt? Tetapi dari cakap-cakap orang sekelilingnya tindakan itu bakal memberi tsunami politik kepada Umno Kelantan terutamanya dibahagiannya.

Apa sudah jadi dengan Umno Kelantan? Apakah ini menunjukkan kelemahan Mustapa Mohamed sebagai pengerusi perhubungan ataupun salah siapa? Tentu ada sebab musabab kenapa tokoh berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk mengucapkan sayonara kepada Umno? Elok juga kalau Umno Kelantan membuat kajian menyeluruh kenapa tokoh berkenaan sanggup meninggalkan parti yang dikatakan keramat itu.

Mungkin Umno sudah kehilangan keramat atau dianggap berkarat oleh tokoh berkenaan. Kerana kalau Umno masih membawa berkat dan rahmat nan mungkin tokoh yang dikatakan pernah berpeluh pelai untuk membela dan menjaga hayat Umno sanggup berbuat demikian. Apa-apa pun kita tunggu apakah alasan dan sebab musabab yang akan dinyatakan oleh tokoh berkenaan dalam sidang akhbar yang dijangka pada 1 November nanti. 28/10/10]
Posted by mso.im at 6:27:00 AM

No comments: