Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, October 31, 2010

CALON BN BATU SAPI YANG MEMALUKAN 1MALAYSIA

Teman terpanggil lagi untuk mengulas biar jelas laporan Greenboc tentang calon Batu Sapi yang tak tahu berbahasa Malaysia yang rakyat tahu beliau ditunjukkan asyik bersalam dengan pengundi itu pun dengan kadar yang cepat mungkin mengelakkan terjadi perbualan atau soal jawab. Faktor ini akan mengelabahkan BN kerana calon tangkap muat ini pun baru kematian suami. Adakah BN harap undi simpati? Sedarkah BN mesyuarat Raja-Raja Melayu juga membincangkan tentang keutuhan Bahasa Melayu semalam?
Sewajarnay setelah lebih 50 tahun memerintah, BN tidak dapat menyediakan calon wakil rakyat yang faseh berbahasa Melayu sekurang-kurangnya macam Samy Vellu yang masih tunggang langgang bahasa Melayu tpi orang boleh hormat keupayaan dan kesungguhan beliau berbahasa Melayu.


Calon Barisan Nasional (BN) Linda Tsen Thau Lin di Parlimen Batu Sapi, Sandakan, Sabah yang merupakan balu kepada mendiang Edmund Chong Ket Wah dikatakan tidak pandai atau fasih berbahasa Melayu.

Linda yang memegang jawatan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Elopura hanya boleh bertutur bahasa Inggeris.

Malahan jika kita lihat berita di TV... jelas calon BN berkenaan hanya berbahasa Inggeris apabila ditanya wartawan... TV juga tidak menyiarkan ucapan Linda sebaliknya hanya memperlihatkan ucapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman sahaja dan pemimpin-pemimpin BN lain.

Mungkin pihak media nak 'cover' fakta yang Datin Linda tidak boleh berbahasa Melayu ?...entah la

Rakan-rakan di Sabah mengiyakan

Saya ramai juga rakan-rakan di kawasan Sandakan, Sabah.... apabila diajukan kepada mereka... kesemua mereka membenarkan dakwaan berkenaan.

Jika benar Datin Linda tidak boleh berbahasa Melayu...adalah memalukan apabila ada warganegara Malaysia yang tidak boleh berbahasa kebangsaan. Bagaimana Datin Linda hendak menyuarakan suara rakyat Batu Sapi di Parlimen Malaysia jika dia tidak boleh berbahasa Melayu?....

Takkan la dia hanya diam sahaja dalam sesi perdebatan di Dewan Rakyat.....hmmm...tepuk dada, tanya selera...

No comments: