
Barisan Nasional telah memilih isteri kepada mendiang Ahli Parlimen Batu Sapi,Datuk Edmund Chong - Datin Linda Tsen Thau Lin, 54 – sebagai calon untuk pilihanraya kecil Parlimen kawasan itu.
Memang BN tiada pilihan kerana mereka kekeringan calun yang ummph untuk mewakilkan BN. Akhirnya mereka memilih Datin Linda iaitu balu bekas Wakil Rakyat itu kerana mungkin beliau masih bersih.
Walaubagaimanapun sesesiapa yang lihat wawancara sebaik penamaan calun diumumkan terserlah kelemahan Datin Linda berbanding 2 orang calun PKR atau Bebas.
Datin Linda membalas wartawan dengan berbahasa inggeris manakala yang 2 lagi faseh berbahasa Melayu. Beginikan calon tangkap muat BN?
Sudahlah majoriti pengundi 61% adalah Melayu , di mana PERKASA yang dikatakan pejuang Melayu?
Pengumuman sebelum itu dibuat oleh Ketua Menteri Datuk Musa Aman di Sandakan Ahad. Linda ialah Timbalan Ketua Wanita Parti bersatu Sabah (PBS) bahagian Elopura yang diketuai oleh Edmund.Sementara itu Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim umum Ketua cabang PKR Tuaran,Ansari Abdullah sebagai calon parti itu untuk pilihanraya kecil berkenaan.
Parti SAPP sudah umum ketuanya Datuk Yong Teck Lee sebagai calon.- 24/10/2010
No comments:
Post a Comment