Peniaga Melayu dah hilang kuasa di Putrajaya
DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA WALAUPUN PUTRAJAYA DIKUASAI OLEH AHLI PARLIMEN UMNO DAN DIPENUHI PEJABAT KEMENTERIAN DARI KABINET BN YANG KUNUNYA DITERAJUI OLEH ORANG MELAYU (PEKEMBAR(UMNO)) NAMUN PENIAGA MELAYU TIDAK DIJAGA : ALAMANDA KUBUR PENIAGA MELAYU SELEPAS KLCC!!! MALAM tadi satu lagi talkin dibacakan untuk melengkapkan kematian seorang lagi peniaga Melayu yang beroperasi di kompleks beli-belah Alamanda, Putrajaya. Kini semakin sempurnalah pusat perniagaan itu menjadi kubur buat peniaga Melayu!
Selepas membelanjakan lebih RM300,000 untuk kerja ubahsuai premis bagi memulakan perniagaannya pada 2004, Zaida Abd Aziz, terpaksa menerima hakikat hayatnya untuk terus kekal berniaga di Alamanda tidak kesampaian.
Dengan syarat baru pengurusan kompleks beli-belah itu yang menghendaki peniaga membayar sewa sebanyak RM16,000 sebulan jika mahu membaharui kontrak perniagaan di situ, Zaida terpaksa akur dengan kerja-kerja pembunuhan secara halus itu.
Pemilik Zaida's Collection itu akhirnya terpaksa mengemaskan barang-barang dari kedainya malam tadi untuk dipindahkan ke luar selepas dia hanya diberi tempoh akhir 29 September untuk keluar kerana gagal mematuhi syarat baru kontrak perniagaan yang melampau di situ.
Sebelum ini dia menerima notis untuk keluar dari kompleks beli-belah itu sehingga 18 Ogos lalu, tetapi telah merayu sebanyak 6 kali. Dia diberi tempoh sehingga semalam sahaja. Dan syarat baru untuk meneruskan perniagaan ialah bersedia untuk membayar sewa sekali ganda berbanding sebelum ini yang hanya RM8,000 sebulan.
Zaida mengakui kadar sewa yang terlampau tinggi itu amat membebankan selain beberapa syarat seperti membayar peratusan tertentu berdasarkan keuntungan perniagaannya.
Kini semakin basahlah Alamanda dengan air mata peniaga Melayu. Difahamkan ada 28 peniaga lain sedang menerima nasibb serupa. Dan adakah kita akan gembira Alamanda terus menjadi kubur kedua pembunuhan peniaga Melayu selepas KLCC di Kuala Lumpur?
Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2010/09/dukacita-melayu-di-tanah-sendiri.html
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
macamna nak jaga...cina lebih kaya modal untuk berniaga, cina mempunyai dewan perniagaan yang sanggup memberikan pinjaman besar untuk mereka meniaga, tapi melayu hanya ada apa? politik menikam sesama melayu...PAS kata UMNO, UMNO kata PAS. Last2 DAP yang naik. Masa tew ekonomi cina, politik cina, melayu merana.
Post a Comment