Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, September 7, 2010

SANGGUPNYA ISA INI YATIMKAN ANAK DAN MENJANDA SERTA MEMISAHKAN PASANGAN SUAMI ISTERI DAN ANAK


Pada 1 Ramadan lagi 3 orang telah ditahan ISA dibawah tahanan reman polis. Ketika itu Fadzullah telah awal lagi menjadi mangsa tawanan polis. Peguam sudah dan sedang berusaha membawa permohonan Habeas Corpus ke Mahkamah.

23 Ramadan kita bergembira dan mengucapkan terima kasih pada Menteri Dalam Negeri Yang Baik Ada Makna kerana membebaskan Shamsuddin Sulaiman, hari ini 27 Ramadan hanya tinggal beberapa hari untuk umat Islam menyambut kemenangan, seorang rakyat Malaysia telah dizalimi oleh Menteri yang sama dengan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting untuk merengkuk di dalam sana selama 2 tahun atau entah sampai bila. Shamsuddin Sulaiman merengkuk selama 8 tahun. isteri membuat keputusan memilih berpisah, anak-anak hilang kasih sayang dan mungkin sudah putus hubungan dengan seorang ayah.

Hari ini ketika Mohd Fadzullah sudah berada di Kem Tahanan Kamunting kaum keluarga lansung tidak mengetahuinya sehingga hari ini bila berita ini dipecahkan kepada umum.

Menteri Dalam Negeri memang terus-terusan membuktikan bahawa ISA adalah zalim dan anda tergolong dalam mereka yang zalim kerana menggunakan akta ini.
( Adik K, 1 tahun 8 bulan , amat merindui bapanya yang baru ditahan pada 11 Ogos bersamaan 1 Ramadhan 2010.Bapa K masih berada di salah sebuah PRC di Kuala Lumpur.Beliau kelihatan begitu selesa berada di dokongan Pak Cik M.Sah, yang juga seorang bekas tahanan ISA selama 7 tahun.)
"Seorang tahanan terbaru ISA, Fadhlullah telah dihantar ke Kem Kamunting ...." sms itu membuat dadaku berdebar. Sebak rasanya.Aku dapat merasakan betapa hancurnya harapan kedua ibu-bapa beliau dengan berita ini.
Selama hampir 60 hari (Section 73 ISA) Fadhlullah ditahan di Police Remand Center disekitar Kuala Lumpur, pastinya semua yang mengenali beliau telah mendoakan supaya Fadhlullah dibebaskan dengan segera....
Namun .....apakan daya, beberapa hari lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri, nampaknya....Fadhlullah dan ibu-bapanya hanya dapat menyambut perayaan utama umat Islam itu di Kem Kamunting.
Apakah dosa dan kesalahan Fadhlullah?
Hanya Menteri Dalam Negeri(MDN) saja yang tahu segala kesalahan itu kerana beliau(MDN)lah pendakwaraya, peguambela dan juga hakim kepada mangsa ISA seperti Fadhlullah.Secalit tandatangan dari lelaki itulah(MDN) Fadhlullah di benamkan pula dalam Section 8 ISA iaitu dua tahun menjalani kehidupan sebagai banduan yang tidak pernah dibicarakan, di Kem Kamunting. Sepertimana tahanan ISA yang lain, Fadhlullah tidak pernah mendapat hak jaminan, hak pembelaan dan beliau tidak pernah diberi hak untuk dibicarakan di hadapan mana-mana hakim di mana-mana mahkamah terbuka di Malaysia.
Diceritakan oleh bekas penghuninya bahawa pernah pihak Kemta menyuruh beliau potong janggutnya yang panjang tetapi beliau enggan kerana memelihara janggut adalah sunnah nabi, lalu pihak Kem menghukum beliau dengan memindahkannya ke Blok confinement. Rupanya Menyimpan janggut panjang adalah menyalahi peraturan Kemta.

2 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Sangat kejam.... Sedih bila terlihat adik dalam dukungan En Mat Sah tu...

PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 said...

mudahan keluarga Menteri yg buat arahan tu akan nasihatkan Menteri itu supaya berpada2 dan rujuk pada Al-Quran