Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, September 27, 2010

ROYALTI MINYAK RM1.6 BILION, 2 MINGGU BERAYA TANPA AIR

2 minggu Raya tanpa air di Terenggau
Penduduk resah krisis bekalan air sejak 6 tahun lalu.
Utusan Malaysia 26 Sep 2010

MARANG 25 Sept. - Sebanyak 10 keluarga di Kampung Batangan dekat sini dibelenggu keresahan sejak sekian lama akibat krisis bekalan air yang meruncing.

Seorang penduduk, Jusoh Mamat, 68, yang merupakan seorang pesara kerajaan, berkata, setiap awal pagi antara pukul 2 hingga 5 pagi, dia terpaksa menadah bekalan air paip di rumahnya untuk diisi ke dalam beberapa tong sebagai simpanan keperluan harian.

"Bayangkan kehidupan kami dan keluarga lain di sini yang sengsara kerana tak ada bekalan air paip mencukupi sejak enam tahun lalu. Betapa azabnya hanya kami saja yang rasa, lebih baik tak ada elektrik daripada tak ada air.

"Lebih sedih, anak-anak serta cucu sudah lama tak bermalam di rumah ini kerana tidak cukup bekalan air untuk urusan seharian," katanya.

Jusoh sebelum bersara tinggal bersama keluarga di Dungun dan kemudian berpindah menetap di Kampung Batangan pada 1984 sehingga sekarang.

"Sejak enam tahun lalu kami tak dapat bekalan air paip secukupnya, kami tak akan lupa pengalaman paling teruk ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini, seminggu sebelum dan seminggu selepas raya langsung tak ada air paip," ujarnya.

Seorang anaknya, Khairul Anuar berkata, aduan mengenai masalah itu sudah banyak kali disampaikan kepada pihak Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. tapi sehingga kini masalah tersebut belum selesai.

Beliau berharap pihak berkenaan bertindak segera bagi menangani masalah itu demi memenuhi keperluan penduduk di situ.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0926&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_03.htm

No comments: