
Persoalan pertama adakah Ketua Polis ini perlu latihan menembak lanjutan dan pemeriksaan matanya sekali?
Kedua cara memburu tiada sistem atau panduan ke? Kalau memburu dengan berpecah kenalah berhati-hati untuk menembak.Ini main tembak bila ada pergerakan.
Ketiga, adakah mereka memburu dengan permit atau lesen?
Mata kanan seorang petugas Risda yang terkena serpihan peluru penabur yang dilepaskan seorang pegawai polis ketika berburu di hutan Kemasul, Lanchang Sabtu lepas disahkan rosak.
Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Rosnah Ismail yang mengesahkan perkara iu, berkata serpihan peluru dalam mata kanan Abdul Ghani Midon, 49, bagaimanapun sudah dibersihkan.
"Mata kanannya rosak...sekarang ini dia stabil," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut mendapati terdapat serpihan peluru di bahagian leher mangsa.
Serpihan peluru itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat dengan bantuan beberapa pakar termasuk pakar pergigian, katanya.
Terdahulu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan melawat mangsa di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Dalam kejadian pada 5.10 petang Sabtu lepas itu, Abdul Ghani dikatakan terkena serpihan peluru yang dilepaskan Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Fadzillah Mohamad ketika mereka memburu landak.
1 comment:
ish².. kerana landak, mata binasa. bahaya kalau pergi memburu ni. dah banyak kejadian tertembak rakan sendiri. Tapi masih lagi ada yang tak berhati². Bacalah doa sebelum pergi memburu. Supaya syaitan xdapat melindungi mata kita dari melihat benda yang nyata.
Jom melawat sini...
http://wanshah87.blogspot.com
Post a Comment