Bagaimanapun , sebelum Sarawak berkemungkinan satu PRK(pilihan raya kecil) di Semenanjung akan diadakan terlebih dahulu membabitkan kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah.
Kita masih ingat pada 24 November tahun lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membenarkan penangguhan interim (sementara) yang dipohon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusan untuk mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh sementara menunggu rayuan.
SPR pula mengemukakan rayuan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, berikutan kegagalan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan tersebut, Datuk Abu Hasan Sarif menghadiri sidang Dewan 2 kali berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun lalu.
Selepas 1 tahun, tarikh pendengaran rayuan berhubung pengosongan kerusi itu pula telah ditetapkan ditetapkan pada 20 dan 22 September ini.
Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail sebelum ini berkata, tarikh itu diputuskan oleh Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya semasa pengurusan kes tersebut pada 29 Julai lalu.
Sekiranya Mahkamah Rayuan menolak rayuan SPR selepas pendengaran kes itu pada Isnin dan Rabu, bermakna satu lagi pilihanraya kecil tidak dapat dielakkan.
Mengambil kira tempoh mesti mengadakan pilihanraya dalam masa 60 hari, besar kemungkinan ianya akan diadakan hujung Oktober selepas Pembentangan Bajet 2011 serta Perhimpunan Agung UMNO.
BN (Barisan Nasional) dijangka terpaksa berusaha mengekalkan kemenangan kerusi DUN ini walaupun tidak membawa sebarang kesan kepada pentadbiran negeri yang dikuasai pakatan rakyat selepas pilihan raya umum lalu.
Abu Hasan pada pilihan raya umum lalu hanya menang dengan majoriti 495 undi menewaskan calon PAS Ismail Wan Teh dan dijangka sukar untuk mempertahankannya. Malah BN sedang mencari jalan & alasan agar tidak perlu bertanding kerana natijah kekalahan memang di ambang keputusannya.
PAS melalui Pakatan Rakyat pastinya berusaha memenangi kerusi ini bagi mengukuhkan kedudukan parti itu bagi mengetuai pentadbiran di Kedah bersama=sama rakan seperjuangan PKR dan DAP.
Mahu atau tidak BN terpaksa berdepan dengan tentangan hebat PAS kerana ada pihak melihat pilihan raya kecil ini sebagai kayu pengukur kekukuhan kerajaan BN selepas pelbagai isu menunjukkan kelemahan kerajaan BN contohnya di Perak.
Apapun keputusan Mahkamah Rayuan adalah menjadi penyelamat kepada BN dan memang ditunggu penuh minat oleh semua pihak selepas pilihan raya kecil Sibu Mei lalu yang memihak kepada Pakatan Rakyat.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
firasat budak balun...
tak maunye ada PRK dehh!!!
nak mamposs!!
wakakakak!
Post a Comment