Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Sunday, September 19, 2010
NAUZIBILLAH ! KENAPA MELAYU BEGINI ?
Kita menanti dan mengharapkan semua mufti memberi kenyataan dan peringatan kepada umat Islam agar jangan sekali membunuh dan memmbunuh diri. Tolonglah beritahu mereka bahawa selepas berjaya di dunia dengan segala kemewahan takkan lah akhiri kehidupan dengan membunuh diri. Kita baru dikejutkan dengan pemimpin UMNO berjaya dalam kehidupan tetapi gagal mengawal cara kematian baru-baru ini yang menembak seorang wanita UMNO dan menembak dirinya selepas itu. Semuanya ini disahkan oleh pihak Polis Malaysia.
JAKIM harus adakan kursus kefahaman Islam ulangkaji kepada usahawan Islam yang dah berjaya dan pemimpin UMNO dan Pimpinan Politik yang beragama Islam supaya cara bunuh diri tidak berlaku lagi.
Sarina Jaafar Rakan Sosilawati Ditemui Mati
Pengasas produk kecantikan Aveer, Sarina Jaafar yang juga kenalan rapat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini hari ini.
Pemilik syarikat SBJ Aveer Services Sdn. Bhd. berusia 45 tahun itu ditemui tergantung di biliknya kira-kira pukul 8.30 pagi oleh anak bongsunya yang berusia 16 tahun.
Polis setakat ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.
Anak sulung Sarina, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, yang dihubungi memberitahu, berita kematian ibunya mengejutkan seluruh ahli keluarga kerana arwah tidak menunjukkan perubahan sikap kebelakangan ini.
Mohd. Azrul berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di Kuala Lumpur dan kali terakhir dia menemui Sarina ialah pada petang semalam dan sempat menasihati ibunya supaya berhati-hati dalam perniagaan ekoran banyak berlaku kes pembunuhan kebelakangan ini.
“Ibu beberapa kali turut menyuarakan rasa terkilan dan sedih berhubung kejadian yang menimpa Datuk Sosilawati kerana ibu rapat dengannya,” kata Mohd. Azrul.
Menurutnya, kejadian tersebut sangat menyedihkan keluarganya tambahan lagi ia berlaku ketika mereka sedang memulakan persiapan bagi majlis perkahwinannya yang dijadualkan Januari nanti.
“Saya telefon ibu pagi tadi tetapi tidak diangkat sehinggalah diberitahu mengenai kejadian ini,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Supritendan Mohan Singh Tara Sigh yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Katanya, mayat Sarina ditemui mati di rumahnya kira-kira pukul 8.30 pagi dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini untuk bedah siasat.
“Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan kita harap semua pihak tidak membuat spekulasi walaupun mangsa dikatakan kenalan rapat Datuk Sosilawati,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Melayu Islam bunuh diri cukup banyak sekarang...
Pengetahuan agama perlu dididik daripada kecil oleh ibubapa dan di sekolah...jika emak bapak dan sekolah pun tidak menitik berat tentang hal ini.. maka apabila anak-anak ini membesar...mereka jugak akan mengabaikan pengetahuan agama kepada anak-anak mereka ...
kerajaan tidak mengambil berat langsung hal ini sebab sekular...yang kita terjadi sekarang inilah hasilnya....
Inilah hasil didikan Umno yang memisahkan pemerintahan dengan Agama.rakyat jadi Jahil Murakab lalu mengambil jalan pintas ke Neraka..Na uzubillah.
Salam
Saya pun tumpang risau. Kecil2 anak didik di sekolah agama, tutup aurat, ngaji khatam berkali2, solat jemaah sana sini, di sekolah menengah 1/10 kut yg patuh yg lain lepas waktu sekolah terus bukak tudung, bukak aurat, minat jadi artis, kejar glamer, kejar nama, abaikan solat
( yg murtad camner lak). Semoga anak cucu kita menjadi jenerasi solleh yg beriman dan beramal. AMin.
Post a Comment