Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, September 2, 2010

KPN BARU DENGAN AZAM MURNI ANAK BUAHNYA HENDAKNYA






Sungguh syahdu bila teman lihat Pimpinan atasan Polis dan anggotanya mengikuti kuliah atau tazkirah ini. Semoga setiap IPD dapat kelonggaran kuliah dan penyertaan semua anggota mengikut giliran bagi mendapatkan ilmu Islam yang boleh diterap semasa menjalankan tugas kelak.

Ahad,29 Ogos , 2010
Kuliah Maghrib Nazir As-Salam di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya

Tn Hj Yasim menggunakan kemudahan ICT dalam penyampaian Kuliah Maghribnya.
Pada 9hb Ogos 2010 yang lalu, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana Tn Hj Yasim Mohamed telah dijemput untuk menyampaikan Kuliah Maghrib di Surau (IPD) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di USJ 8, Subang Jaya.

Tajuk Kuliah Maghrib yang telah disampaikan oleh Tuan Nazir ialah "Keistimewaan Ramadhan dalam kehidupan Muslim". Kuliah Maghrib yang mengambil masa selama 1 jam itu telah dihadiri oleh Pegawai dan Anggota Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya termasuk ACP Zainal Rasyid b. Hj Abu Bakar, Ketua Polis Daerah Subang Jaya.

Sebelum Kuliah Maghrib bermula, Tn Hj Yasim Mohamed diminta untuk memberi Penerangan kepada Jawatankuasa Surau di IPD Subang Jaya berhubung dengan Peranan dan Tugas Imam, Bilal dan Siak sesebuah surau.

ASP Hj Che Din b. Ali, Ketua Pentadbiran di IPD Subang Jaya telah merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana diatas penerangan dan Kuliah Maghrib yang disampaikan. Beliau mengharapkan hubungan yang baik diantara Masjid As-Salam dan IPD Subang Jaya dapat terus ditingkatkan dimasa-masa yang akan datang.
ACP Zainal Rasyid menyampaikan cenderahati kepada Tn Nazir As-Salam

No comments: