Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, September 29, 2010

KANTOI ! BUAT PROJEK KERAJAAN RM17.5 JUTA ATAS NAMA SENDIRI, KAT MEKAH LAGI !

Nampaknya kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat terpaksa bertungkus lumus memastikan harta & pelaburan Negeri Selangor yang menjadi misteri atas kepentingan sendiri bekas pentantadbiran MB BN dahulu di perolehi semula demi rakyat dan kedaulatan Selangor.
Kerajaan negeri sedang melakukan proses mengembalikan hak milik pangsapuri mewah di Mekah yang dibeli atas nama mantan Menteri Besar Khir Toyo kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
SU Politik MB Selangor (Fakeh Husin) mendedahkan Khir Toyo telah berbohong lagi menipu bila mendakwa 12 unit pangsapuri dengan pelaburan RM17.5 juta pada tahun 2007 terpaksa dibeli atas namanya kerana kerenah birokrasi Arab Saudi kunun.Menurut Fakeh kerajaan Arab Saudi mensyaratkan segala urusan jualbeli hartatanah di negara itu perlu membabitkan milik orang Islam. Sedemikian maka sepatutnya pangsapuri berkenaan sewajarnya didaftar atas nama syarikat dan bukan atas nama Khir Toyo.

Difahamkan Khir Toyo meluluskan pembelian 12 unit pangsapuri walaupun lembaga PNSB hanya setuju beli 5 unit sahaja.
Tujuh (7) daripadanya telah dijual semula kepada individu yang tidak diketahui kerana tidak ada resit untuk mengesahkan urus niaga berkenaan.

1 comment:

Diba chan said...

ouh~! berite hott ni!
tak sangke cmtu plak...
ish3