
Qiamullail di Hotel de Palma Ampang malam ini
KUALA LUMPUR, 8 Sept: Hotel De Palma Ampang menjemput orang ramai untuk menyertai qiamullail yang dipimpin oleh Dr Badrul Amin Baharum anjuran hotel itu hari ini.
Majlis akan bermula dengan solat tarawih akan diikuti dengan tazkirah, qiamulail dan kuliah Subuh di Surau Nurul Hikmah hotel itu.
Orang ramai boleh juga menginap dan bersahur di hotel untuk majlis ini dengan kadar RM99 sahaja untuk bilik dua orang.
Mereka juga boleh menyertai qiamulail dan bersahur sahaja dengan hanya RM15 sahaja seorang.
Hotel De Palma kini sedang memperkukuhkan syariah compliant yang diperkenalkannya sejak 2008 lalu.
Pendekatan hotel ini mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk anggota parlimen PAS Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali yang menyifatkannya sebagai satu pelaksanaan hebat bukan retorik semata-mata.
No comments:
Post a Comment