Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, September 22, 2010

GEJALA REMAJA LIAR NAK DIBENDUNG TAPI BN SEDIAKAN PULA SEKOLAH MENGANDUNG !


Adakah remaja ini dan yang lain akan terus liar tanpa memikirkan ibu-bapa dengan mementingkan teman lelaki di sebabkan BN melalui Ketua Menteri Melaka sudah sediakan sekolah mengandung?

NURUL Ashiqin Kamarazmi,14, (kiri) menikmati roti canai sambil diperhatikan oleh kembarnya Nurul Ain (kanan) selepas pasangan kembar itu bersama teman sebaya, Suhaili Abd Razak (tengah) ditemui di Pulau Pinang. 21 Sept.

GEORGE TOWN: Remaja pasangan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, bersama teman sebaya, Suhaili Abd Razak yang dilaporkan hilang di Kampar sejak 11 September lepas, ditemui di Pulau Pinang hari ini.

Ketiga-tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sentosa, Taman Bandar Baru, Kampar itu ditemui di sebuah flat di Paya Terubong di sini pada pukul 8 pagi.

Ketua Balai Polis Air Itam, Cif Inspektor Mohd Fadzil Napiah berkata, ketiga-tiga remaja perempuan itu ditemui bersama dua rakan lelaki mereka iaitu Mohammad Akmal Hakim Ismail, 19, dan Shahrizan Zakaria, 20.

Sebelum ini, pasangan kembar dan rakan mereka dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli pakaian di pekan Kampar pada hari raya kedua.

Polis akan memberi butiran lanjut mengenai penemuan remaja itu dalam satu sidang akhbar tidak lama lagi.
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/09/remaja-perempuan-hilang-ditemui-di.html#ixzz10DJyaEfB

No comments: