Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, September 17, 2010

ANTARA KHALID GAGAP DENGAN KHALID PANDAI BERCAKAP

Ramai blogger UMNO menggelar MB Selangor Khalid gagap tapi buat kerja lancar, tiada laporan yang disorok malah ada laporan yang di arah OSA oleh Kerajaan Persekutuan lagi. Ini berbeza dengan Khalid Ketua Polis Selangor yang pandai betul bercakap tapi teragak dan kantoi bila ditanya kenapa banyak laporan polis tentang orang hilang tiada disiasat dan terpendam?

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyuarakan kesediaan beliau bekerjasama dengan pihak polis jika dipanggil untuk merakamkan keterangan beliau.

Ini ekoran kenyataan Ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini bahawa beliau akan memanggil Shamsul untuk dirakam kenyataan berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.

Shamsul berkata, beliau bukanlah peguam seperti yang didakwa oleh Khalid dan beliau tidak tahu langsung berkenaan perincian kes ini tetapi beliau sanggup memberikan kerjasama.

"Menurut akhbar Utusan Malaysia hari ini, KP Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mahu memanggil saya untuk merakam kenyataan saya berhubung kes pembunuhan Datuk sosilawati Lawiya.

"Saya ingin menegaskan bahawa pertama, saya bukanlah peguam tersebut seperti didakwa dan kedua, saya tidak tahu langsung berkenaan kes ini, tetapi saya akan bekerjasama dengan pihak polis," tegas beliau.

Membidas kenyataan Khalid bahawa beliau 'bercakap ikut sedap mulut' dan ia merupakan kenyataan paling 'merepek' yang pernah didengar Khalid, Shamsul berkata, ayat seperti itu tidak patut datang dari seorang individu yang berjawatan tinggi dalam institusi kepolisan.

"Pada pendirian saya, yang pertama, ya saya bersetuju memberikan kerjasama kerana tugas menjaga keselamatan bukan hanya pada polis, tetapi juga tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia. Apabila wartawan bertanyakan berkenaan kes ini, pertamanya saya merakam ucapan takziah dan kedua berasa geram terhadap pembunuhan kejam seorang wanita dan tiga rakannya," tegas beliau.

Beliau juga turut memuji kecekapan pihak polis menyelesaikan kes pembunuhan hartawan kosmetik yang mendapat liputan meluas media.

Walau bagaimanapun, beliau menggesa pihak polis supaya memberikan lebih tumpuan untuk mengurangkan kadar jenayah di negara ini berbanding terlalu 'menjaga tepi kain' ahli politik.

"Saya ada terbaca dalam akhbar bahawa sudah beberapa kes serupa difailkan ke atas suspek sebelum ini dan banyak lagi kes sebegini di kawasan tersebut. Persoalan yang saya ingin bangkitkan ialah mengapa kes tersebut tidak disiasat secara mendalam?," tanya beliau.

Shamsul seterusnya berkata jika polis mengambil tindakan proaktif, menyiasat dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kes-kes yang difailkan sebelum ini, beliau yakin kes pembunuhan Datuk Sosilawati tidak mungkin boleh berlaku.

Bahkan ujarnya, beliau tidak akan berhenti menyuarakan kebenaran kerana ia berkaitan dengan keadilan untuk Datuk Sosilawati dan tiga rakannya yang mati dibunuh dengan kejam.

"Saya bersama ketua pimpinan yang lain sempat menziarahi keluarga Allahyarhamah Datuk sosilawati dan bersimpati serta saya tidak mahu kes sebegini berlaku lagi dalam negara kita.

"Saya harap KP Selangor berfikir dahulu sebelum membuat tindakan sebegini kerana bagi saya ini satu perkara yang cukup memalukan dan saya juga tidak akan teragak-agak untuk menyaman beliau kerana ini mencabar kredibiliti saya," kata Shamsul lagi. -TVS

No comments: