Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, September 29, 2010

AKHBAR TAK LAKU, AHLI UMNO DIWAJIBKAN BELI SENASKAH SEHARI ?




Blog RBF ada memberi cadangan kempen cara untuk menaikkan jualan akhbar Utusan Malaysia. Bagus cadangannya tu,
"Oleh yang demikian saya mencadangkan mulai hari ini setiap ahli Umno harus membeli satu akhbar UM setiap hari. Bukan mahal sangat pun, RM 1.50 sahaja. Umno ada tiga juta ahli, jika seorang beli satu bermakna tiga juta naskah UM terjual di pasaran setiap hari. Wow ! ini sudah boleh dicatatkan dalam rekod dunia." n

Tapi ia memerlukan pengorbanan daripada ahli UMNO. Pada sesiapa yang kenal dengan perangai dan tingkah laku ahli UMNO sekarang ni, maka ia akan tahu bahawa ahli UMNO banyak yang dah kena sindrom M&M (malu dan malas) walaupun bukan semua tapi kebanyakkan. Malah ada yang nak mengaku ahli pun malu, sebab tu bila UMNO buat kempen atau ceramah, banyak yang ruang yang kosong. Jika diatas kertas satu-satu kawasan mempunyai ribuan ahli UMNO, tapi bila lakukan aktiviti, yang turun tak sampai seratus pun.

Apa sebabnya??
Mungkin ada diantara ahli UMNO yang kerja dan sibuk, sebab tu tak turun aktiviti, tapi kebanyakkannya tak turun, disebab sindrom M&M ni la. Berat punggung, berat perut nak turun. Malu lak berlebih-lebih. Jika benar ahli UMNO sekarang masih lagi menjiwai semangat UMNO zaman dolu-dolu (dulu-dulu) Mc rasa tak perlu kita suruh, mereka dah pun melakukannya.
Jika dulu ahli UMNO kebanyakkannya semua membaca Utusan, termasuklah Bapa Mc sendiri, beliau hari-hari baca Utusan sampaikan Mc yang kecil (dulu kecil, sekarang besar gedabak dah) ni pun diajarnya baca Utusan. he he he.. Belajar baca dan mengenal huruf mengunakan akhbar Utusan, cuba bayangkan. Setiap kali mamak (penghantar akhbar) baling je akhbar Utusan sampai depan rumah Mc, beliau akan suruh Mc pergi ambil dan suruh baca apa tajuk besar hari ni. Dari mengagap mengeja huruf, sampailah Mc lancar membaca.
Mungkin disebabkan itu, sampai sekarang Mc masih sayangkan akhbar Utusan Malaysia ni. Jika runtuh Utusan, runtuhla UMNO, jika runtuh UMNO, runtuhla Islam dan Melayu di Malaysia ini.
Mc juga mempunyai cadangan, kita tahu, UMNO mempunyai lebih 3 juta ahli dan juga berpuluh ribu bahagian dan cawangan, apa kata Mc cadangkan setiap cawangan dan bahagian UMNO diwajibkan membeli akhbar Utusan Malaysia sebanyakkan 3 naskah sehari. Ala.. tiga naskah baru rm4.50. Apa sangatla rm4.50 tu nak jejasnya kantung peruntukkan cawangan dan bahagian tu kan?? Sekurang-kurangnya ia akan menyumbangkan serba sedikit kenaikkan jualan akhbar Utusan Malaysia, betul tak??. Walaupun tak berjuta-juta, tapi ia lebih senang dipraktikkan (cadangan ni diilhamkan oleh orang dalam Utusan sendiri).

Sebelum ini pun ada bahagian dan cawangan yang membeli akhbar Utusan untuk diedarkan kepada sekolah dan tempat awam. (tapi hanya semasa PRU dan PRK je kot).

Kalau nak harapkan ahli beli susah sikit, kan macam Mc cakap tadi, banyak yang dah kena sindrom M&M. Tapi yang ini pun boleh dipraktikkan juga.

Jika benar UMNO mahu menunjukkan mereka 'tuan' kepada Utusan Malaysia dan juga ingin membantu menaikkan jualan akhbar Utusan. Pemimpin tertinggi UMNO perlu menimbang cadangan diatas. Jika tidak ada tindakan diambil, maknanya pemimpin tertinggi UMNO memang tak kisah kalau akhbar berjasa besar ni terkubur.
Apa guna bangunan baru berharga rm90 juta kalau akhbar yang dikeluarkan tidak memdapat sambutan??
Mc harap perkara ini boleh dipanjangkan dan dibawa kedepan.

P/s: harap-harap si botak (Nazri) dan si hitam (KJ) tidak bantah kalau ada kempen ini.

2 comments:

XYZ said...

kesian deme ni huhuhu

pasbs2 said...

ada blogger kata teman kempen beli Utusan meloya nie, baca lah betul2..