Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, September 21, 2010
ADUN ULU BERNAM TAK MENIPU ? KAMALNATHAN KELU TAK BERLAGU
Perangai Umno-BN kalau kena atas batang hidung sendiri
Adun Hulu Bernam nafi nafi beri tazkirah, MP Kamalanathan enggan ulas bila MP Khalid Samad dedahkan penglibatan adun Umno-Bn guna masjid untuk politik . Jais dan Mais larang guna masjid untuk kepentingan politik tapi bila libatkan Umno-Bn Jais dan Mais berdiam diri tak kata apa.
Adun Hulu Bernam (Umno-Bn) Mohamad Idris Abu Bakar kata,
“Bila masa pula saya beri tazkirah? Mana beliau (Khalid) tahu saya cakap pasal hal hal agama?
“Saya cuma berucap untuk merasmikan program yang dianjurkan sahaja. Bagi saya tidak ada isu, cuma ia sengaja diperbesarkan,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada program Hari Raya Bersama Perdana Menteri anjuran Badan Perhubungan Umno Selangor di sini malam tadi.
Beliau berkata Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam, sengaja membuat cerita palsu terhadap dirinya sambil menyifatkan dakwaan yang dibuat ahli Parlimen PAS itu sebagai “politik murahan”.
“Saya sebenarnya tidak mahu komen mengenai perkara ini, saya anggap ia politik murahan yang cuba dimainkan Khalid.
“Ketika pogram itu saya hanya menjalankan tugas sebagai seoarang wakil rakyat dan saya berucap untuk merasmikan program,” katanya.
Ketika diminta mengulas lanjut Mohamad Idris menolak untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi berhubung perkara itu.-The Malaysian Insider.
Kalau libatkan bukan Umno-Bn dikira tazkirah kalau libatkan pemimpin Umno-Bn bukan tazkirah . Kalau Umno-Bn dituduh guna masjid dianggap politik murahan oleh pemimpin Umno-BN. Tu lah perangai Umno kalau kena atas batang hidung sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment