Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, August 12, 2010

WAHAI EZAm, DARI BERCAKAP BANYAK ELOK LAGI DIAM

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini memberi amaran kepada Senator Ezam Mohd Noor bahawa beliau berdepan dengan tindakan undang-undang jika terus memfitnahkannya.

Wan Azizah merujuk kepada laporan portal berita Agenda Daily, di mana Ezam (kiri) dilaporkan mendakwa beliau diarahkan olehnya supaya menghalang lelaki daripada mendekati suaminya, Datuk Seri AnwarIbrahim yang juga adalah ketua pembangkang.

Ezam dilaporkan berkata waktu itu Wan Azizah bernada cemas ketika membuat pesanan supaya “sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia…”

“Wan Azizah, minta malam itu saya jangan keluar dari rumah selagi budak lelaki itu ada di rumah…untuk pastikan Anwar tidak berdua,” kata bekas ketua pemuda PKR yang berpaling tadah itu.

Perbualan telefon itu berlaku ketika Wan Azizah berada di Washington manakala Anwar pula di kediaman mereka ketika itu di Bukit Damansara semasa bercuti daripada tugasan mengajarnya di Amerika.

“Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsupolitik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu.

“Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami,” kata Wan Azizah dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini hari ini

Menurut Presiden PKR itu, pada asalnya, beliau enggan melayan sebarang kenyataan Ezam tetapi kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan namanya secara peribadi, beliau memberi amaran kepada Ezam supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

“Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke Mahkamah dan Mahkamah Syariah.” katanya lagi.

Menurut Agenda Daily lagi, Ezam terus mempertahankan pendiriannya itu dan mencabar Wan azizah membuat sumpah laknat.

Ezam sebelum ini adalah orang kanan Anwar dan pernah menjadi setiausaha politik bekas timbalan perdana menteri itu.

Beliau menyertai Umno semula pada Mei 2008 dan sejak itu melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Anwar khususnya pada pilihan raya kecil dan terbaru di pentas ceramah 'Selamatkan Selangor'.

No comments: