Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, August 6, 2010

SG BESI DAH STRATEGIK , BUNGUL KALAU DIPINDAHKAN

TUDM cari tapak baru ganti pangkalan Sungai Besi

KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang mengenal pasti beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang untuk dijadikan pangkalan baru bagi menggantikan pangkalan sedia ada di Sungai Besi.

Timbalan Panglima TUDM Lt Jen Datuk Shahron Ibrahim berkata TUDM dan Kementerian Pertahanan masih mengkaji lokasi strategik yang bersesuaian sebelum membuat keputusan untuk memindahkan pangkalan Sungai Besi ke lokasi baru.

“Kita telah meninjau beberapa lokasi, namun keputusan belum boleh ditetapkan kerana proses ini memerlukan perancangan dan kajian rapi. Kita masih mencari lokasi yang pastinya mesti strategik dan sesuai sebagai pangkalan logistik,” katanya kepada pemberita selepas pada majlis penyampaian anugerah khidmat cemerlang 153 pegawai dan anggota TUDM di Pangkalan Sungai Besi hari ini.

Shahron berkata Pangkalan Sungai Besi tidak akan ditutup tahun ini tetapi lokasi baru itu perlu ditetapkan tahun ini kerana proses membangunkan sebuah pangkalan mengambil masa kira-kira tiga tahun.

Selain itu, proses memindahkan Pusat Operasi Tentera Udara serta inventori dan sistem pertahanan tidak mudah dilaksanakan kerana memerlukan perancangan rapi dan perpindahan secara berperingkat-peringkat, katanya.

Pada Jun lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pangkalan itu yang dahulunya merupakan Lapangan Terbang Sungai Besi akan ditutup bagi memberi laluan kepada projek pembangunan ‘‘Greater KL’’ seperti yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

1 comment:

Anonymous said...

Pada pendapat saya, TUDM wajar mengemukakan syarat untuk memperolehi 3 buah kapal pengangkut pesawat (Supercarrier) berkuasa nuklear yang baru (tak mau yang second hand) dan beberapa Skuadron Pesawat Tempur dan Helikopter sebagai timbal balas penyerahan Pengkalan TUDM Sungai Besi. Tender terbuka, tak mau rundingan terus, nanti Zahid Hamidi pula dituduh buat duit, sedangkan kita tau siapa punya kerja.