Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, August 25, 2010

RAKYAT KELANTAN ! JOM TURUN KE MAHKAMAH 30 OGOS

Royalti: Sah, Kelantan saman Petronas

KOTA BHARU, 25 Ogos: Mesyuarat exco kerajaan negeri Kelantan hari ini memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Petronas ekoran kegagalannya membayar royalti negeri itu seperti termaktub dalam perjanjian.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri akan mengemukakan fail writ saman terhadap Petronas 30 Ogos ini.

“Writ saman ini dibuat selepas ianya mendapat keputusan pada mesyuarat exco tadi,” ujarnya.

Katanya, saman berkenaan akan dibuat di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Bahagian Perdagangan kira-kira pukul 9.30 pagi.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, juga dijangka akan hadir.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di Kota Darulnaim, di sini sebentar tadi.

Pada masa yang sama, Husam turut menyeru rakyat Kelantan serta warga perihatin terhadap tuntutan itu hadir pada hari tersebut.

Ketika ditanya, beliau memberitahu mesyuarat sebentar tadi hanya membincangkan perkataan-perkataan yang perlu disebut dalam saman terbabit.

Bagaimanapun, jumlah tuntutan yidak dibincangkan dan menyerahkan kepada mahkamah.

“Kita tak bincang pasal jumlah tututan kita, itu terpulang pada mahkamah lah nanti,” ujarnya.

Sementara itu, turut dimaklumkan satu majlis solat hajat akan diadakan di Masjid Wilayah Pesekutuan, Jalan Duta selepas urusan memfailkan saman tersebut selesai.

No comments: