Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, August 25, 2010


Petani Pendang dakwa alami kerugian jual padi kepada Bernas
Lebih 100 petani di daerah ini meminta syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) meneliti semula kadar potongan timbangan berat padi yang didakwa tidak munasabah dan menyebabkan mereka kerugian.

Mereka mendakwa sejak musim tuaian Julai lepas, Bernas memotong antara 28 dan 30 kilogram bagi setiap 100kg padi berbanding sebelum itu hanya 17kg seperti yang diamalkan syarikat swasta.


Pemotongan tidak munasabah itu menyebabkan pendapatan petani berkurangan kerana mereka biasanya memperolehi sekitar RM1,050 bagi setiap tan metrik, kata wakil petani Umar Abdullah Samsuddin kepada pemberita, di sini, hari ini.

"Kualiti padi yang dihasilkan amat baik dan hanya sebilangan kecil sahaja hasil kurang berkualiti ekoran faktor cuaca yang tidak menentu dan penyakit padi yang sukar dikawal.

"Jadi tidak relevan jika potongan timbangan dibuat terlalu banyak," katanya.

Katanya, sebagai pilihan petani berhasrat menjual padi kepada syarikat swasta bagi memastikan pendapatan mereka setimpal dengan kerja dan modal yang dikeluarkan.

"Ini sahaja pendapatan utama mereka untuk menyara keluarga dan dengan potongan hasil timbangan sebanyak itu membuatkan kami semua rasa rugi jika kami jual dekat Bernas," katanya.

Maksud Berniaga

Berniaga adalah salah satu bentuk muamalat yang disyariatkan oleh Islam. Berniaga dari sudut bahasa bermaksud berdagang atau berjual beli. Manakala dari sudut istilah syarak pula, berniaga bermaksud pertukaran harta dengan harta mengikut syarat-syarat tertentu. Harta yang dimaksudkan di sini ialah semua jenis barangan yang bernilai di sisi syarak.

Tip Adab-Adab Berniaga


1. Amanah bermaksud penjual dan pembeli bersikap jujur dan tidak menipu dalam perniagaan.

2. Ihsan bermaksud peniaga menjalankan aktiviti perniagaan dengan mengambil kira semua aspek kemasyarakatan dan keberkatan daripada Allah S.W.T. di samping mendapat keuntungan.

3. Bekerjasama bermaksud penjual dan pembeli hendaklah bertolak ansur sekiranya timbul sebarang perkara yang tidak diingini.

4. Tekun perniagaan hendaklah dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh agar perniagaan yang dijalankan itu berkembang maju.

5. Menjauhi perkara yang haram penjual hendaklah menjauhi perkara yang haram semasa menjalankan perniagaan. Contohnya menipu dalam timbangan, menjalankan muamalat riba, menyorok barang, dan menjual barangan yang diharamkan seperti dadah dan arak.

6. Melindungi penjual dan pembeli penjual dan pembeli hendaklah saling melindungi hak masing-masing. Contohnya penjual memberikan peluang yang secukupnya kepada pembeli untuk membuat pilihan ketika hendak membeli sesuatu barangan.

No comments: