Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, August 5, 2010

PENGAKUAN IDRIS , MENANGIS & MERAJUK TAPI DIPUJUK


beliau digugurkan daripada kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak lebih setahun lalu, pelbagai andaian timbul. Antara desas desusnya beliau “orang Pak Lah”, atau orang “Ali Rustam” .Juga kononnya Perdana Menteri tidak suka padanya.Ada yang kata beliau merajuk dan bermacam-macam lagi.

Sejak itu beliau elak diri dari daripada bercakap mengenai pengguguran itu dengan media. Malah beliau mengaku ada merajuk sekejap.

“Bagi saya, rajuk ialah perkara yang sihat. Ia reaksi yang semulajadi kepada sesiapa apabila sesuatu yang tidak kita jangka, berlaku. Saya bukan hipokrit,” kata Datuk Idris Haron yang pernah menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dalam tempoh yang sangat singkat.

Hayatnya sebagai Timbalan Menteri yang disandangnya selepas pilihanraya umum Mac 2008 terhenti semasa peralihan kuasa dari Tun Abdullah Badawi kepada Najib pada April 2009.

Menurut Idris, salah satu sebab mengapa beliau berdiam diri sekian lama kerana takut akan meluahkan kenyataan yang salah. “Apabila saya kena gugur, soalan yang berlegar dalam kepala saya ialah kenapa? Apa kesalahan saya? Adakah prestasi saya tidak cukup bagus dan tidak sampai ke tahap yang dimahukan?

“Pada ketika itu saya akui tidak begitu demokratik. Wartawan nak interbiu dan telefon pun saya tak jawab. Saya terus balik ke Melaka. Saya menerima lebih daripada 3,000 SMS. Saya mengambil masa dua minggu menjawab kesemua SMS itu. Ayat yang saya guna, terima kasih dan saya pasrah,” kata Idris, yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu.

Menurut Idris, beliau memang mendengar cakap-cakap yang mengatakan kena gugur dari kabinet kerana beliau orang Pak Lah. Katanya gosip itu masih berterusan hingga sekarang.

“ I am a party man. Whatever the situation is, my loyalty is to the Prime Minister and the party leader .”katanya dalam interbiu dengan Agendadaily baru-baru ini.

Menurut Idris, orang yang pertama menelefonnya sebaik beliau digugurkan ialah Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang terkejut memandangkan Idris telah memenangi kerusi MT.

“Saya mula-mula okay. Tetapi apabila SMS mula mencurah-curah dan selepas itu ketika saya di pejabat, anak lelaki saya yang ketika itu menuntut di Tingkatan 5 datang dari Melaka.
“Dia terus peluk saya dan kata, “Abah, mereka tak tahu abah kerja macam mana,” saya terus menangis.
“Rupa-rupanya dia mengira jumlah hari saya makan malam bersama keluarga. Menurut anak saya, dalam setahun saya makan malam dengan keluarga hanya 10 hari. Maknanya, saya kerja 375 hari sebagai Timbalan Menteri (satu tahun 10 hari). Saya begitu obses dengan kerja,” ceritanya.

Menurut Idris, atas desakan ramai sahabatnya, beliau menggagahkan diri ke rumah Perdana Menteri selepas pengguguran itu. “Saya pergi dan lihat ramai orang. Saya sembahyang Maghrib dan Isyak di sana dan selepas itu tiba-tiba rasa sayu dan selepas membaca Yassin, saya terus balik. Saya tak jadi jumpa Datuk Seri Najib.

“Saya mahu bertemunya untuk mencari jawapan. Akhirnya dua minggu selepas rombakan kabinet, saya menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO buat kali pertama.

“Saya datang dan semua orang ada di situ. Pada mulanya saya rasa kekok. Maklumlah itu hari pertama datang mesyuarat sebagai ahli MT, dan kedua, kita ni baru kena gugur. Tetapi apabila PM mula mempengerusikan mesyuarat, baru saya rasa selesa.

“Dalam mesyuarat itu saya menawarkan diri untuk mewakili parti ke Kazakhstan untuk kongres tahunan parti Nur Otan. Bila saya nak balik, saya salam PM dan terkejut apabila beliau memberitahu mahu bertemu saya secara peribadi.

“Apabila beliau cakap macam itu, segala persoalan yang ada dalam benak fikiran saya hilang. Saya tak tahu mengapa. Kalau sebelum masuk mesyuarat, saya berjalan tunduk, selepas PM cakap macam itu, saya terus keluar mesyuarat berjalan tegak. Begitulah “power” dan aura seorang pemimpin!

“Saya kata kat PM, anytime sir . Apabila pulang dari Kazakhstan, saya bentangkan laporan mengenai lawatan kongres itu dalam mesyuarat MT yang kedua. Bila habis mesyuarat, PM salam saya lagi dan bertanya bila nak jumpa.

“Saya ingatkan pada kali pertama itu apabila PM berkata mahu berjumpa, saya tunggu pegawai dia panggil, Tetapi apabila beliau sudah menyebutnya buat kali kedua, saya sendiri terus buat temujanji bertemunya.”

Menurut Idris beliau bertemu Perdana Menteri sebelum mesyuarat MT ketiga bermula. Katanya dalam pertemuan itu Perdana Menteri telah memberitahu mahukan beliau memimpin sesuatu, tetapi tidak mengulas lanjut.

aKHIRNYA RAJUKNYA BERBALOI , Pada 1 April lalu Idris dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB, menggantikan Datuk Azian Osman.

Idris berkata beliau tidak menghadapi masalah membahagikan masa antara jawatannya sebagai pengerusi SPNB, ahli MT UMNO dan Ahli Parlimen.

“4 hari saya di SPNB, 3 hari di kawasan. Apabila Dewan Rakyat bersidang, kebanyakan mesyuarat SPNB saya adakan di parlimen.” 28/07/10.

No comments: