KEPINCANGAN SYARIKAT PRASARANA NEGARA BHD (SPNB) BHG 1
LATAR BELAKANG SYARIKAT PRASARANA NEGARA BHD (SPNB).
ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai syarikat dibawah kementerian kewangan. diperbadankan untuk mengendalikan urusan pengangkutan kebangsaan.
tahun 2002, SPNB mula diaktifkan bagi mengambil alih syarikat-syarikat pengangkutan transit (LRT) yang bermasalah seperti PUTRA dan STAR yang dikuasai oleh renong berhad.
dato ridza abdoh salleh (sekarang MD UEM builders) telah dilantik sebagai CEO pertama SPNB.
tahun 2003, atas arahan YAB PM ketika itu, SPNB telah mengambilalih pengurusan kereta kabel langkawi dari syarikat alam langkawi melalui anak syarikat milik penuh SPNB, panorama langkawi sdn bhd.
aset kereta kabel dimilik oleh LADA sehingga kini dan tempoh pengurusan oleh panorama langkawi sdn bhd adaha sehingga tahun 2010 dimana selepas itu ia akan diserahkan kepada LADA kembali.
pada tahun 2004, RapidKL ditubuhkan serentak pada tahun yang sama pengambilalihan syarikat-syarikat bas yang bermasalah di lembah klang seperti intrakota,parkmay dll.
RapidKL ditubuhkan bagi mengendalikan operasi LRT Putra dan Star yang kini masing-masing dikenali sebagai laluan kelana jaya-ampang-seri petaling.
kementerian kewangan telah menghadkan peranan SPNB hanya sebagai pengendali aset-aset manakala RapidKL sebagai pengendali operasi kesemua sistem pengangkutan tersebut.
RapidKL diketuai oleh rein westra sebagai CEO (hingga 2006) manakala encik shaipudin sebagai CEO SPNB bagi menggantikan dato ridza.
pada penghujung tahun 2007, SPNB mengambilalih aset-aset dan operasi sistem KL monorel dari KL monorail system sdn bhd (KLMS) yang tenat akibat kegagalan melangsaikan beban hutang bernilai hampir RM1 billion dengan bank pembangunan atas arahan kementerian kewangan . kerana perkara ini bank pembangunan hampir muflis dek kerana hutang tidak berbayar ini.
KLMS adalah syarikat milik david chew (KLIG) yang mempunyai kaitan rapat dengan dengan SCOMI. (SCOMI telah mengambilalih sebuah syarikat pembuat monorel,MTrans Transport sebagai syarikat tunggangan untuk memasuki bidang pengangkutan tren ringan )
pada tahun 2007,SCOMI juga mengumumkan akan membida tender bagi membekalkan sistem pengangkutan monorel penang melalui kerjasama dengan syarikat MRCB.
pada tahun 2008, akibat kekalahan pilihanraya di penang, kerajaan pusat menangguhkan projek monorel penang. mengikut maklumat,jika projek ini diteruskan maka SPNB akan diarahkan oleh kementerian kewangan untuk memberikan kontrak ini pada nilaian RM3 billion sedangkan harga sewajarnya hanya berlegar sekitar RM2 billion.
september 2008, menteri kewangan ke2 iaitu nor mohamed yakop telah mengarahkan penubuhan pasukan petugas khas pengangkutan awam (PTTF) yang diketuai oleh dato idrose mohammed (GAMBAR KLIK SINI) bekas pengarah urusan pos malaysia (hanya 6 bulan) dengan tugas memantau segala projek pengangkutan awam khususnya SPNB dalam projek bernilai berbillion ringgit melalui peruntukan kerajaan sebanyak RM10 billion bagi menaiktaraf pengangkutan awam khususnya di lembah klang.
PTTF juga diberi kuasa untuk mecampuri urusan pemberian tender-tender yang dikendalikan oleh SPNB bagi kelulusan lembaga pengarah SPNB dan seterusnya kementerian kewangan.
penubuhan PTTF oleh nor mohamed yakop, yang mana kuasa dan peranannya diragui dan membimbangkan pengurusan SPNB menyebabkan CEO SPNB, encik shaipudin dengan segera meletakkan jawatan pada 17 september kerana meragui peranan PTTF didalangi oleh nor mohamed yakop dan dato siti hadzar ismail.
akibat perletakan jawatan CEO SPNB melalui 1 bulan notis, nor mohamed yakop dengan segera mengarahkan dato idrose mohammed dilantik sebagai pengarah urusan, satu jawatan baru yang diwujudkan berkuatkuasa 1 oktober 2008.
perlantikan tergesa-gesa melalui surat bertarikh 25september 2008, amat diragui memandangkan tempoh kuatkuasa perletakan CEO SPNB hanya sah selepas 17 oktober 2008. (untuk maklumat ds najib mula menjawat jawatan menteri kewangan 1 pada 17september 2008 melalui rombakan kabinet paklah).
justeru itu, bagi tempoh 1 oktober 2008 hingga 17 oktober 2008 SPNB mempunyai 2 ketua eksekutif yang mana ketika itu perlantikan pengarah urusan baru SPNB telah melangkaui kuasa sebenar CEO SPNB !
untuk fakta kementerian kewangan ketika itu (nor mohamed yakop) ingin segera melantik dato idrose sebaik sahaja mendapat notis perletakan jawatan CEO SPNB.
secara tiba-tiba pula, peranan dan fungsi PTTF terus ditamatkan dengan perlantikan dato idrose sebagai pengarah urusan SPNB, sedangkan PTTF sepatutnya berfungsi sehingga tahun 2010 yang kononnya mahu menjayakan peruntukan kerajaan sebanyak RM10b dalam RMK9.
SAMBUNGAN ARTIKEL KEPINCANGAN SPNB AKAN LEBIH PANAS SELEPAS INI ! NANTIKAN ARTIKEL SAMBUNGAN DARIPADA gerakan anti pkr.
lihatlah betapa liciknya nor mohamed yakop memasang proksi dalam kerajaan.sebuah badan ditubuhkan dengan serta merta (PTTF) hanya untuk meletakkan dato idrose memulakan tapak.PTTF dibubarkan serta merta tatkala bekas CEO SPNB meletak jawatan kerana tidak bersetuju cadangan kontrak RM3b !
nama-nama ahli politik dan kroni dalam siri pendedahan kepincangan SPNB akan dikeluarkan tanpa memilih bulu. ayuh kita bersihkan malaysia daripada perasuah dan pengkhianat. tidak kira ia dalam kerajaan atau pakatan jahanam pimpinan anwar !
Posted by GAP KEMBALI at 8:00 AM
11 comments:
Anonymous said...
Salam ...
ape nak heran...KLCC pon bukannya ade bangsa melayu berniaga kat situ...semua dah halau keluar dari KLCC tanpa pembelaan dari parti Keris bogel yg kununnya perjuang hak org Melayu..yg banyak kat KLCC tuh hanya CINA MCA & Gerakan yg berniaga...
ALAMANDA PUTRAJAYA pon dengar kabar, org melayu yg berniaga kat sana akan dicantas perlahan-lahan....ini semua kerja CINA MCA
& GERAKAN...ape nak heran...Presiden MCA pon dah berani kutuk negara ISLAM & mintak dihapuskan pegangan 30% melayu... apelah sgt siMAMAK Nor Yaakob nie cantas org melayu... inipon salah satu projek "KERAJAAN BARISAN NASIONAL".. Rakyat didahulukan, pencapaian (Kroni) diutamakan....ape ada hal....PRU 13tahulah nasib kau wahai parti UMNOK
-Najib Altantuya-
August 17, 2010 9:30 AM
Anonymous said...
pi mai pi mai tang tu gak....orang yang sama...dari dulu kini dan selamanya...
takdak apapun...
August 17, 2010 9:54 AM
Anonymous said...
respek la bro...dedah lg..bia sume tau..agak2 DS Najib tau x pasal ni ek..hurmm..
-didi-
August 17, 2010 10:22 AM
Anonymous said...
BRO,
1.Patut la Chua soi lek dalam MCA pun sepakat dengan DAP , nak tuntut keadilan ekonomi saksama dan sebagainya.Nak goyahkan kepentingan bumiputera melalui tuntutan-tuntutan yang melampau.
2.Rupa-rupanya bumiputera sendiri bila ada pangkat,ada jawatan, ada kuasa mula buat onar.Pasang kroni, rembat harta negara, sub sana,sub sini, komisen sana sini.
3.Dari SPNB,Prasarana,PKFZ, Sime darby, felda, MAS, Proton, kementerian-kementerian,jabatan kerajaan dan banyak lagi semuanya ada isu salahguna kuasa,salah urus tadbir, rasuah, kronisme, skandal dan lain-lain.
4.BRO GAP, PARPU dan semua bloggers...apa nak jadi dengan bangsa kita ni? Apa nak jadi dengan pemimpin kita ni??apa nak jadi dengan orang-orang UMNO dan BN ni.???siapa yang bagi hancur negara kita Ni???
5.Banyak maklumat telah bocor dan makin banyak masalah kepimpinan orang kita dalam urus tadbir negara.Semakin maju semakin teruk dan hinanya kepimpinan kita ni.Aku rasa inilah bala Allah kepada kita yang terlalu nak mengejar Dunia..Akan jatuh empayar kepimpinan melayu kerana mengejar kemajuan materialistik.
6.Kita perlukan seorang pemimpin baru yang boleh membawa kepada perubahan kepimpinan Islam.Kita perlu fokus kepada soal akidah,akhlak,sosial,Ilmu, teknologi, rohani serta keagamaan.kita tidak boleh agi teruskan kemajuan materialistik kerana ia akan menghancurkan masa depan jati diri bangsa melayu itu sendiri serta memusnahkan agama islam sebagai agama rasmi negara ini.
8.Terlalu ramai kelompok-kelompok kepimpinan yang korup dan bermasalah.mereka-mereka ini dilahirkan melalui hasrat Tun.M yang mahu melihat negara mencapai kemajuan dan bangsa melayu berjaya.tetapi rupa-rupanya akan lebih menghasilkan melayu lebih tamak haloba dengan materialistik.Kita maju dari segi harta benda untuk kejar 30% kepentingan tapi moralnya habis tergadai.
9.Siapakah hendaklah dipersalahkan.Baik dalam BN, UMNO dan PKR sendiri (DSAI dan konco-konconya) semua produk Tun.M...Megejar kemajuan,Kemodenan,kekayaan,nama, kemasyurhan,pangkat,kuasa dan sebagainya...lalai melalaikan..sehingga peranan agamawan, pemimpin politik agamawan dan yang berkaitan banyak terpinggir.makin terhina,dihina..tidak dipercayai..
10.Apa lagi akan terjadi dengan Negara kita ini??????masa depan????anak cucu kita???bangsa dan agama Kita???nak jadi maju macam U.S ke negara kita ni??sampai musnah semua identiti agama islam dan bangsa melayu kita???
11.Ada jalan untuk kembali kepada perjuangan asal,perjuangan agama bangsa dan negara???Ada lagikah pemimpin yang akan hadir untuk memperjuangkan ini...atau seterusnya memang kita akan menuju kepada negara republik..atau lebih hebat lagi spt U.S. dimana semua sama rata hitam putih..??
12. Hanya Allah sahaja yang akan menentukan dan akan membuka hidayah kepada pemimpin dan bakal-bakal pemimpin kita..
anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa
August 17, 2010 10:28 AM
Anonymous said...
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment