Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, August 4, 2010

ORANG ASLI SANGAT YAKIN DENGAN PAKATAN RAKYAT


ORANG ASLI SUNGGALA BERSAMA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
بسم الله الرحمن الرحيم

PROGRAM RAMAH MESRA & LAWATAN KERJA YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM KETUA UMUM PAKATAN RAKYAT KE KG. ORG. ASLI SUNGGALA
Majlis ini telah dihadiri kira-kira 150 orang. Penduduk tempatan dari masyarakat Orang Asli sendiri memainkan peranan yang cukup besar bagi menjayakan majlis ini. Sementara pekebun kaum Cina, Melayu dan kaum India dari kawasan Ladang Sunggala dan Bandar Baru Sunggala pula telah memberikan sokongan menaja buah-buah tempatan untuk jamuan tetamu yang hadir.
Pekebun kaum India telah mengambil kesempatan kehadiran YB Dr. Xavier Jayakumar (ADUN Seri Andalas – EXCO Selangor) dan YB M. Ravi (ADUN Port Dickson) dengan mengadakan perbincangan untuk mengadakan sebuah program khusus bagi masyarakat kaum India di Ladang Sunggala dan Bandar Baru Sunggala sedikit masa lagi. Difahamkan program yang mereka rancang itu akan diadakan pada bulan Ogas atau September yang akan datang dan isu yang bakal disentuh dalam program tersebut seperti masalah sosial di kalangan remaja kaum India, masalah keciciran pelajaran dan juga masalah ekonomi.
YB DSAI kemudiannya diberikan penghormatan untuk menanam sebatang pokok buah Jambu Pahlawan (Jambu Pahlawan – sejenis jambu klon baru) di Kg. Org. Asli Sunggala sebagai tanda kenang-kenangan sempena lawatan ini.

Di penghujung majlis, Tok Batin Perat Bin Dollah (Ketua Batin-Batin masyarakat Org. Asli Negeri Sembilan) telah menyampaikan cenderahati ‘buluh sumpit’ kepada YB DSAI.
Ucapan Tok Simpan Bin Suda
Ucapan terima kasih atas kehadiran YB DSAI, YB Ahli-Ahli Parlimen, YB ADUN-ADUN & rakan-rakan ke Kg. Org. Asli Sunggala. Lawatan bersejarah ini bersempena dengan Sidang ‘Retreat’ – Kem Kepimpinan KEADILAN yang dihadiri kesemua pemimpin PKR dari seluruh Malaysia. Masyarakat Org. Asli Kg. Sunggala berbesar hati meraikan kunjungan sulung DSAI ke kampung ini.
Ucapan YB Hajjah Binti Fuziah
syabas atas kekuatan semangat masyarakat Org. Asli bukan sahaja di Sunggala bahkan penyatuan hati keseluruhan masyarakat Org. Asli Semenanjung Malaysia. Tabik hormat pada keberanian masyarakat Org. Asli menerima Pakatan Rakyat sebagai wadah politik baru. YB Hajjah Fuziah berkongsi pengalaman masyarakat Org. Asli di Negeri Pahang yang kini sudah berani menubuhkan Ranting-Ranting (Cawangan) PKR di Negeri Pahang. Sehingga hari ini sebanyak 18 Ranting PKR di perkampungan masyarakat Org. Asli di Pahang telah ditubuhkan. Ini ialah isyarat yang cukup jelas kepada UMNO bahawa masyarakat Org. Asli kini sudah bersedia menolak BN dalam PRU ke 13.
Ucapan YB DSAI
Ucapan salam dari Dato’ Seri Dr. Wan Azizah (Presiden PKR) yang tidak dapat hadir kerana mempengerusikan mesyuarat parti di Corus Paradise Resort. Perkara mengenai kepentingan serta masa depan masyarakat Org. Asli telah dibincangkan secara panjang lebar dalam Sidang Retreat PKR. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dan YB Elizebeth Wong telah memberikan taklimat kepada Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti dan berkongsi pengalaman Kerajaan Negeri Selangor hari ini yang menggembirakan masyarakat Org. Asli di Negeri Selangor, terutama dalam menarik balik kes tanah masyarakat Org. Asli di Bukit Tampoi, KLIA. Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor telah berjaya menyelesaikan isu pemilikan tanah untuk masyarakat Org. Asli. Perkara ini tidak mampu diselesaikan oleh Kerajaan BN selama 52 tahun! Tahniah atas usaha gigih Tok Simpan dan rakan-rakan dalam merangka Resolusi 10 Perkara yang menyentuh isu serta kepentingan masyarakat Org. Asli Semenanjung Malaysia. Resolusi ini akan dibentangkan di dalam Sidang Dewan Rakyat dalam Sidang yang akan datang. Berjanji bahawa Pakatan Rakyat akan berusaha untuk memperjuangkan kepentingan hak semua kaum di negara ini. PKR berjuang untuk hak masyarakat Org. Asli Semenanjung Malaysia, hak masyarakat Bumiputera di Sabah, hak masyarakat Bumiputera di Sarawak, hak masyarakat Cina, hak masyarakat India dan juga hak masyarakat Melayu. Pakatan Rakyat akan memperjuangkan hak untuk seluruh rakyat Malaysia!
Tarikh : 25 Julai 2010 (Ahad)
Masa : 1315H – 1430H
Kehadiran : YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas (A/P Telok Kemang)
YB Hajjah Fuziah Salleh (A/P Kuantan)
YB Ahmad Kassim (A/P Kuala Kedah)
YB Dr. Xavier Jayakumar (ADUN Seri Andalas – EXCO Selangor)
YB M. Ravi (ADUN Port Dickson)
YB Chai Tong Chai (ADUN Chuah)
YB Amiruddin Shaari (ADUN Batu Caves Selangor)
Baru Anak Bian (Pengerusi PKR Sarawak)
Khalid Jaafar (Pengerusi PKR Melaka)
- Wira Damai

No comments: