Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Monday, August 9, 2010
MARILAH KITA MENEROKA KEMENANGAN PRU13 ! AYUH BANGIKT DARI DITIPU !
Felda berdepan dengan satu lagi tindakan undang-undang behubung hasil perahan minyak sawit — hari ini 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Felda Raja Alias memfailkan saman RM200 juta mendakwa lembaga itu menipu mereka sejak 15 tahun lalu.
Wakil peneroka Karip Mohd Salleh berkata, tindakan itu diambil setelah mendapati Felda telah menipu hasil perahan minyak yang diperoleh peneroka.
“Kesemua 766 peneroka yang hadir hari ini mengambil keputusan untuk menyaman Felda kerana selama ini lembaga itu telah menipu kami.
“Kerugian yang kami tanggung bernilai hampir RM200 juta, jadi kami hanya mahu tuntut hak kami kerana ditipu selama ini,” kata beliau pada sidang media selepas memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini.
Beliau berkata sepatutnya peneroka menerima kira-kira 24 hingga 25 peratus hasil perahan minyak tetapi hanya 16 peratus hingga 19 peratus dibayar oleh pengurusan Felda..
“Hasil ujian makmal secara bebas mendapati kadar perahan gred (KPG) menunjukkan bahawa KPG jauh lebih tinggi iaitu antara 24 hingga 25 peratus.
“Tapi hasil yang kita (peneroka) peroleh adalah sebanyak 16 hingga 19 peratus sahaja, jadi mana lebih enam peratus lagi?
“Daripada hasil itu, kita dapati wujud penipuan yang dilakukan Felda dalam urusan jual beli hasil sawit,” katanya.
Kesemua peneroka tersebut menamakan Felda dan anak syarikat Felda, Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan.
Pada 2003, peneroka Tanah Rancangan Felda iaitu Felda Kemahang 3 di Kelantan dan Felda Moakil (Johor) telah memfailkan saman terhadap Felda berkaitan penyelewengan yang dilakukan lembaga itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment