Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, August 5, 2010

LAPORAN KERJA TANPA CEDERA

Penyaluran Air Dari Pahang Ke Selangor: Kerajaan Selangor Jangan Ditekan
Hulu Langat, 22 Sya'ban = 03 Ogos (Selasa):

1) Lawatan Kerja
Hari ini kami dari Ahli-Ahli Dewan Negeri Bangi, Teratai Selangor, Ahli Parlimen Hulu Langat, Serdang, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Ampang dan Subang Jaya hadir membuat Lawatan Tapak Projek Penyaluran Air Mentah Dari Pahang ke Selangor. Inilah kali ketiga kami diberi taklimat. Taklimat-taklimat yang lepas berlangsung di Pejabat Daerah Hulu Langat bersama Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah, Hulu Langat. Berbeza hari ini Taklimat dilakukan di Pejabat Tapak (Outlet) berdekatan Taman Perkasa Hulu Langat dan melawat kedua lokasi kerja-kerja projek di Adit (lorong) 4 dan Adit 3 (perkiraan dari Pahang Adit 1 & 2).

Projek penyaluran air mentah dari Sungai Kelau-Sungai Semantan dari Karak Pahang ke Hulu Langat menggunakan sistem pengepaman dan penyaluran air melalui paip berkembar melalui terowong dari Karak ke Hulu Langat bergaris pusat 5.2 meter sepanjang 44.6 km. yang mampu mengalirkan air secara mengepam sebanyak 1,890 juta liter air sehari. Kerja-kerja pengorekan bermula dari 1 Jun 2009 sehingga 30 Mei 2014 (60 bulan) oleh Kontrektor Jepun Shimizu-Nishimatsu-UEMB-IJMJV(SNUI-JV) dengan menggunakan kaedah pengorekan Tunnel Boring Machine (TBM) dan New Australian Tunneling Method (NATM). Kos pengorekan ini ialah RM1,313,987,497.67. Tetapi kos semua yang melibatkan pengorekan, pembinaan Empangan Kelau (Luas takungan 22.78 km. persegi dengan kawasan tadahan 331km, Muka Sauk dan Rumah Pam, Saluran Paip berkembar, Penilaian Alam Sekitar dan Keselamatan & Sosial ialah RM3.936 billion. Ini tidak termasuk kos penyaluran air ke Lembah Kelang yang dijangka melibatkan jumlah kos RM8 billion. Projek ini terletak di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA) yang melibatkan Kerajaan Negeri Pahang dan Selangor.

2) Berkumpul Di Taman Perkasa Mengikuti Penerangan Awal
Bagi lawatan kami seramai lebih kurang 50 orang itu selepas kami berkumpul di Tapak Projek berdekatan Taman Perkasa (Terowong akhir bagi saluran air di Hulu Langat – belum ditebuk) kami diberi taklimat awal tentang projek keseluruhan termasuk dua adit dari terowong di Hulu Langat (2 lorong adit lagi di dalam kawasan negeri Pahang). Terowong ini merentasi perut bukit yang puncak tertinggi dari perut bukit ialah 1,200m. Kerja-kerja mengorek tidak melalui naik ke atas bukit dan tebuk ke bawah, tetapi bagi menyegerakan kerja dibahagikan kepada 4 lorong (adit) masuk dengan mengorek masuk ke sisi lokasi terowong pada keempat-empat lorong yang kelak pengorekan terowong bersambung antara satu sama lain.

3) Di Lorong (Adit) Taman Wawasan
Kami dibawa (menggunakan kereta sendiri ke Adit pertama (lorong), di kawasan Taman Wawasan di Batu 14. Selepas tiba ke hadapan lorong ke terowong untuk memasukinya kami mesti pakai topi keselamatan dan penutup hidung dan dibawa ke dalam dengan landrover-landrover yang disediakan. Lorong ke terowong yang dimasuki ini bukanlah terowong sebenar bagi laluan air, tetapi satu dari 4 lorong (adit – lorong) bagi masuk ke terowong saluran air sebenarnya. Selepas siap terowong kelak lorong adit (dipanggil juga lorong tetikus) pada dasarnya tidak akan digunakan lagi, kecuali untuk kecemasan dan pembaikan. Kami masuk ke dalam lebih kurang 1km melihat pekerja-pekerja yang kami difahamkan adalah expertis dari luar dan tempatan sedang mengorek tanah-tanih dan batu-batan dengan mesin-mesin yang kemudian diangkut keluar bagi ditambak di lembah-lembah berdekatan dan bagi bahan binaan jalan. Lorong ke terowong adalah sama dengan terowong sebenar dari Karak ke Hulu Langat. Air akan mengalir ¾ penuh bagi terowong ini secara pam. ADNS Bangi semasa di dalam terowong bertanya kepada Expertis Jepun yang bersama, kemungkinan terowong dikorek dan dilalui air akan lembut tanah dan runtuh. Expertis berkenaan menjawab, tidak, kerana dipasang besi dan konkrit.

4) Lorong Adit Congkak

Lebih kurang sejam berada di lorong adit pertama (keempat dikira dari Pahang) kami di bawa ke Lorong Masuk Kedua (ketiga dikira dari Pahang) berdekatan dengan Congkak-Pangsun Hulu Langat. Kawasan ini betul-betul berada di kawasan rekreasi Pada peringkat awal pengorekan di sini berlaku banjir lumpur turun ke Sungai Congkak dan jalan-jalan raya dan juga di kawasan kediaman menyebabkan berlaku protes dari penduduk dan pejuang-pejuang alam sekitar. Walau macam mana keadaan dapat dibaiki. Untuk masuk ke terowong melalui lorong ini pihak pemaju tidak menggunakan jalan-jalan ke tempat rekreasi yang sedia ada, tetapi membina jalan khas ke Adit 2 (3 dari Pahang) ini. ADNS Bangi diberitahu oleh pegawai – Puan Nurzani di bawah Pegawai Operasi En. Arshad yang ADNS naiki keretanya dari Taman Perkasa ke kedua-dua lorong ke terowong, bahawa tanah bagi kawasan lorong ke Terowong di Sungai Congkak ini adalah dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan, tempat ini yang sempurna dari segi infrastruktur dan berada di kawasan rekreasi, kelak tidak digunakan lagi selepas siap terowong (kecuali sebagai saluran kecemasan untuk membaiki kerosakan dengan menghantar robot-robot ke dalam untuk membaiki atau jalan masuk untuk membaiki selepas dikeringkan saluran) Kini diguna sekadar jalan masuk, sebab itu wajar bagi kerajaan negeri Selangor mengambil balik dari kerajaan Persekutuan bagi kepentingan kawasan rekreasi untuk disewa atau dimajukan oleh agensi kerajaan – khususnya di bawah pelancongan.

Di adit dua (tiga dari Pahang) di sini kami sekadar meninjau kawasan di hadapan lorong ke terowong dan tidak masuk ke dalam lorong, kerana keadaan lebih kurang sama. Di tinjau dari depan lorong ini bersifat curam ke dalam, tidak sebagaimana yang pertama agak rata. Di sini selain dari di kelilingi bukit dan pokok-pokok menghijau terdapat larian-larian air asli yang selama ini belum ditemui/terokai.

5) Pulang Ke Tapak Projek Awal

Selepas melawat lorong ke terowong kedua ini, sama ada di dalam perjalanan datang dan pulang ke Tapak Projek berdekatan dengan Taman Perkasa, kami terus berbincang dengan Puan Nurzani berbagai-bagai aspek mengenai projek Penyaluran air berkenaan seperti:

* Kesukaran berurusan bagi pampasan tanah yang diambil
* Rundingan harga pampasan.
* Penentangan dari masyarakat setempat yang terpaksa diadakan rundingan-rundingan, bertemu dengan pemimpin setempat.
* Mengadakan gotong-royong untuk memesrakan pekerja dengan mereka.
* Menyediakan kemudahan-kemudahan kepada yang terlibat dengan pengambilan tanah, misalnya menyediakan jalan-jalan dan sebagainya.
* Kami juga mengadakan penerangan kepada pemimpin-pemimpin sebagaimana kami adakan seperti hari ini untuk kefahaman dan mengelak dari salah faham, lebih-lebih lagi penentangan.

6) Penerangan Kali Kedua
Selepas kembali ke lokasi tapak projek, sekali lagi penerangan dan soal jawab diadakan. Antara perkara yang ditimbulkan:

* Kemungkinan penemuan galian emas, terutama kawasan Pahang berdekatan dengan tempat yang pernah dikeluarkan emas seperti di Raub.
* Pahang menuntut pampasan yang lebih tinggi, kerana kawasan yang terlibat dengan penyaluran air melibatkan lebih banyak di sebelah Pahang. Laluan ke edit terowong melibatkan kawasan kelapa sawit dan kawasan Felda. Penggunaan tanah terutama bagi mendirikan empangan Klau melibatkan 5.000 ekar tanah.
* Kemungkinan masuk ke saliran empangan air beracun dari kegiatan perlombongan dan industri di Pahang.
* Kos air yang akan dijual bila siap penyaluran kelak (ditimbulkan oleh ADNS Bangi).
* Kemungkinan menggunakan air dari bekas-bekas lombong di Selangor (tinggi dengan bahan plumbum dan tidak bersih).
* Kemungkinan membawa air dari negeri Perak (kos pumping lebih tinggi kerana tanah rata dari membawanya dari Pahang yang levelnya lebih tinggi).
* Kemungkinan menggunakan air bawah tanah (mengandungi heavy metals dan boleh menyebabkan terjadinya penurunan level tanah (tenggelam) seperti yang berlaku di Jakarta, Bangkok dan Mexico.

7. Wajar Selangor Tidak Ditekan
Dari usaha memberi penerangan ada semacam tuduhan kerencatan pembangunan penyaluran air dari negeri Pahang ke Selangor adalah dari keengganan Selangor meneruskan projek berkenaan. Antaranya Selangor tidak kekurangan air sehingga tahun 2019, Projek merosakkan alam sekitar dan mendapat tentangan dari pejuang alam sekitar. Sebenarnya Selangor (kepimpinan) kini tidak boleh dituduh sebagai enggan bekerjasama menjayakan projek penyaluran air dari Pahang ke Selangor, tetapi perlu diambil perhatian mengenai berbagai-bagai aspek yang perlu diselesaikan.

* Selangor mesti bersifat teliti, Projek Penyaluran Air berkenaan dibuat sebelum Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Perlu diteliti perjanjian yang dibuat dahulu sama ada menguntung atau merugikan Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat.
* Perlu dibuat tuntutan-tuntutan yang wajar dari Kerajaan Persekutuan dan Syarikat Konsesi Air agar tidak merugikan Selangor. Tuntutan yang sedemikian juga dibuat oleh negeri Pahang.
* Perlu dibuat penstrukturan semula dari segi kuasa terhadap air dan fasiliti. Contoh kemasukan air mentah ini adakah akan dimonopoli oleh Syarikat swasta Syabas dan menjual selepas diproses oleh syarikat-syarikat lain pula dengan dikenakan harga yang lebih tinggi ? Tidakkah wajar air ini diurus dan menjadi milik direct di bawah kerajaan Negeri yang mengutamakan kepentingan rakyat?
* Kewajaran harga air mentah dijual dengan harga 10 sen bagi satu cubic meter persegi. Tidakkah wajar lebih murah.
* Air akan meningkat selepas diproses. Kewajaran peningkatan harga.
* Adakah wajar harga diulangkaji setiap 10 tahun sekali yang membawa kepada kenaikan harga air. Apakah had minimum & maximum kenaikan.
* Jaminan tidak berlaku pencemaran terhadap alam sekitar dan jika berlaku apakah pampasan yang patut dikenakan.
* Perkiraan kerosakan yang akan timbul apabila tahap kedua pembangunan dengan memasang paip-paip saluran yang banyak merosakkan infrastruktur, jalan dan juga bangunan. Berapa peratuskah jumlah pampasan perlu dibayar jika berlaku.
* Bagaimana dengan rancangan memberi air percuma yang penggunaan di bawah 20 cubic meter padu. Adakah program ini mampu diteruskan. Siapa menanggung kosnya ?
* Bagaimanakah dengan pampasan menggunakan tanah di negeri Selangor
* Apakah langkah-langkah safety kiranya berlaku kemalangan dari banjir atau kerosakan terowong dan sebagainya
* Adakah wajar dikenakan sewaan tahunan oleh kerajaan negeri kerana projek menggunakan tapak dan tanah bagi saluran air milik Kerajaan Negeri Selangor (sekiranya tidak dimiliki negeri sepenuhnya).
* Bilakah tarikh matangnya bayaran yang boleh dimiliknegerikan sebagai hak rakyat.
Dan banyak lagi perkara yang dapat ditimbul dan dibincangkan.

8. Penutup
Taklimat berfaedah untuk meningkatkan kefahaman dan mengambil tindakan dan keputusan yang lebih wajar. Kerajaan negeri Selangor wajar bersifat prehatin dan hati-hati di dalam membuat keputusan berhubung dengan perjanjian dan pengurusan air . Kepentingan rakyat dan negeri hendaklah menjadi keutamaan. Elak air menjadi bahan komersil dan dimonopoli serta diexploitasi oleh satu pihak yang mementingkan keuntungan. Jangan tekan kerajaan negeri Selangor. Beri ruang perbicangan bagi mempertahankan kepentingan rakyat dan negeri Selangor.

Sekian.

No comments: