
Koemn teman : Kematian buaya ini patut dikaji untuk penjelasan dan dari segi kajian sains untuk pengkalan data maklumat sains bagi menghadapi zaman kepupusan binatang dan tabiat binatang. Maklumat faktor penyebab kematian patut dikaji,dianalisa dan disimpan untuk generasi akan datang.
Pada 2 Ogos lalu berita gempar di Port Dickson, seekor buaya seberat 3 tan yang ditemui terapung di perairan Kuala Linggi dekat Jalan Tanjung Agas, Batu 21 di sini, pada 12.45 tengahari .
Seorang mekanik yang hanya mahu dikenali sebagai Azoy, 30 tahun berkata, sekumpulan pelajar kolej terbabit memaklumkan kepadanya mengenai buaya itu dan selepas mengumpul rakan-rakan yang lain, Azoy menggunakan mata kail untuk menarik buaya yang telah mati lebih kurang empat hari itu.
Selepas diperiksa, buaya yang hampir reput berusia di antara 15 hingga 20 tahun dan dipercayai datang dari Sungai Linggi. Buaya tersebut kemudian di bawa oleh kakitangan Zoo Melaka untuk tindakan lanjut selepas dihubungi penduduk kampung.
Sumber : Bernama
No comments:
Post a Comment