Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, August 17, 2010
JURUGAMBAR DITAMPAR ASP
SEORANG Krew Sabahkini.net, Mohammad Hafiz Jamail, 26, yang sedang bertugas merakamkan gambar hadirin di Ruang Legar Mahkamah Majistret Sandakan, tiba-tiba diserang seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang datang ke arahnya dan menampar kamera yang digunakannya sehingga terkena pipi dan muka; tanpa memberikan sebarang amaran terlebih dahulu.
Menurut Hafiz, beliau terkejut dengan aksi pegawai polis berkenaan yang bertindak samseng mengganggu tugas wartawan sedangkan sewajarnya pegawai polis harus berdiri tegak mempamerkan pangkat dan tag nama ketika digambar wartawan.
“Saya sudah rakam lebih 15,000 gambar polis di seluruh negara, termasuk Ketua Polis Negara, tapi inilah pertama kali polis bertindak kasar dan melampiaskan dendam kepada jurugambar dan wartawan seperti saya,” ujar Hafiz yang mengakui pegawai polis berkenaan, ASP Tan Hiap Wah menyimpan dendam akibat ditukar daripada Balai Polis Kunak setelah dihujani dengan laporan demi laporan yang ditulis Hafiz berhubung insiden Tingkayu Gate.
Tegas Hafiz, jika ASP Tan ada masalah dengannya hendaklah menurut saluran undang-undang dan jangan meletakkan hukuman di tangan sendiri dan mengguna pakai ‘Hukum Rimba’ di Kunak dengan menyumbat sesiapa sahaja ke dalam lokap tanpa bukti yang melampaui keraguan munasabah.
“Jika dia rasa tulisan saya mencemar nama baiknya, sila saman saya. Saya akan buktikan di mahkamah siapa sebenarnya ASP Tan Hiap Wah; bukan dengan memukul kamera atau mengugut saya,” ujar Hafiz yang mengakui tidak gentar menghadapi pegawai polis yang tidak beretika seperti ASP Tan yang mempunyai kes jenayah di Tingkayu, Kunak sehingga ditukarkan ke Balai Polis Kinabatangan.
Hafiz yang baru selesai memberi keterangan di Balai Polis Sandakan berharap agar Ketua Polis Negara mengambil tindakan tegas terhadap ASP Tan yang mencemar nama baik polis dengan menzalimi orang awam sepertinya.
Menurut laporan polis yang dibuat Hafiz, SDK/RPT/11694/10 pada jam 12.12 tengah hari tadi beliau menyatakan bahawa;
"Pada lebih kurang jam 09.15 pagi, bertempat di ruang pejalan kaki depan Mahkamah Majistret 2, seorang anggota polis yang saya kenali bernama ASP Tan telah memukul kamera sedang saya gunakan untuk mengambil gambar hadirin yang berada di Mahkamah majistret pada ketika itu. Saya buat aduan ini supaya PDRM tangkap dan dakwa ASP Tan di bawah Undang-Undang Jenayah.”
Dalam pada itu, ASP Tan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasannya, namun dimaklumkan Balai Polis Sandakan bahawa beliau juga telah membuat laporan balas di balai polis yang sama dan mendakwa jurugambar Sabahkini.net merakamkan gambar dengan niat curang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Dia dah terlupalah tu apa cogankata pasukan Polis....
Post a Comment