Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Saturday, August 21, 2010
FITNAH ZAHID SEBIJIK FITNAH DI MASJID ASSALAM
FITNAH
Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini memetik Sultan Sharafuddin menitahkan polis supaya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor yang sedang berlangsung sekarang.
Semasa Sembahyang Jumaat yaang diadakan di Masjid Assalam, Bukit Sentosa yang terletak berdekatan dengan Command Centre Barisan Nasional, Dr Hassan Ali sebagai khatib sepatutnya menyampaikan khutbah dan bukannya berceramah. Walaupun menurut sumber, Masjid berkenaan dikuasai oleh puak-puak PAS, masa berkhutbah janganlah berceramah politik. Sehinggakan siap dengan laungan takbir. Nasib baik bukan "takebeer".
Akibat kelekaannya berceramah beliau telah terlupa salah satu Rukun Khutbah Jumaat iaitu Selawat Ke Atas Baginda Rasulullah SAW. Akibatnya, Khutbah Jumaat menjadi tidak sah. Apabila Khutbah Jumaat tidak sah, secara automatik Sembahyang Jumaatpun tidak sah. Akibatnya, seluruh masjid tidak bersembahyang Jumaat pada hari ini, sebaliknya terpaksa mendirikan Sembahyang Zohor.
FITNAH TERJAWAB.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan seorang Menteri Pertahanan, yang juga bekas majikan kepada kawan saya yang bekerja sebagai seorang jurutera untuk satu projek ketenteraan (tapi kawan saya ni seorang pekerja bawahan saja, manakala Dr Zahid ni adalah bos besar paling atas beliau, kata kawan saya la).
Saya tertarik dengan satu kenyataan Dr Zahid Hamidi, yang di laporkan oleh mStar Online, (rujuk SINI). Beliau mendakwa bahawa Dr Hassan Ali (Exco Kerajaan Negeri Selangor-PAS) telah menyampaikan khutbah berbaur politik semasa solat jumaat. Sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut?
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyampaikan khutbah berbaur politik di sebuah masjid di Bukit Sentosa hari ini sebagai menderhaka kepada titah Sultan.
“Hari ini dalam bacaan khutbah oleh Hassan Ali, rukun khutbah pun tak dibacanya. Selawat pun tak baca. Khutbah itu tidak sah.
Betulkah dakwaan beliau itu?berat tu kalau tak cukup rukun khutbah.
Saya mendengar isu ini semalam atau 2 hari lepas dan saya hanya melihat sahaja apakah tindak balas atau komentar Dr Hassan Ali berkenaan dengan dakwaan ini. Namun saya terlupa untuk mencari komentar balas beliau terhadap dawaan tersebut. Di takdirkan pada hari ini, saya terbaca satu artikel yang saya baca di SINI, yang mana di dakwa sebagai laporan balas dai pihak JAIS, satu badan yang berautoriti dalam bidang agama Islam di Selangor.
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menolak laporan akhbar mendakwa khutbah Jumaat yang disampaikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali di Masjid As-Salam, Bukit Sentosa kelmarin berunsurkan politik.
Sebaliknya, khutbah yang dibaca Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Selangor itu lengkap dan mengikut peraturan serta syarat yang ditetapkan oleh Jais.
Pegawai Perhubungan Awam Jais, Nurhamizah Othman berkata, perkara itu telah disahkan oleh beberapa pegawai jabatan berkenaan yang ditugaskan membuat pemantauan di masjid itu.
Nurhamizah turut menolak dakwaan menyatakan Pesuruhjaya Pas Selangor berkenaan ‘terlupa’ membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang menjadi rukun khutbah solat Jumaat.
“Dakwaan itu tidak benar kerana menurut pegawai kita yang berada di sana, solat Jumaat sah ke- rana beliau telah mengikut semua rukun solat dengan lengkap. Jadi, saya tidak pasti kenapa timbul dakwaan sedemikian,” katanya.
Eh, apa cerita ni? Mana yang betul ni? kalau dakwaan bahawa Dr Hassan Ali membuat kesalahan, terutama kesalahan rukun khutbah itu salah, ini boleh membawa kepada fitnah, dan fitnah itu lebih berat dari membunuh. Bahaya beb.
Jadi ini semua salah siapa?
Salah mStar ke?
Salah Dr Zahid ke?
Salah pendengar khutbah ke?
Salah Dr Hassan Ali ke?
ke salah saya?
Mari sama-sama fikirkan…tepuk dada tanya iman
4.421276 100.990696
Posted in: Politic and Current Issues, Social
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Kena taubat lah pada yang buat fitnah. Kita ni tumpang bumi Allah, ingat tau, kita sama-sama tumpang ajer bumi ni ... Soalan kubur kita dah tau, tapi nak jawab nanti yang jadi masalah. Hari ni memang boleh jawab, dlam kubur lum pasti lagi ...
Wong Jowo YB Zahid Hamidi kuii keturon(tertidur) laaa....
Post a Comment