Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, August 6, 2010
DATUK MUHAMMAD FARID AHMAD RIZUAN DI KEHENDAKI HADIR JUMPA 400 PEKERJA PAYCOMM NETWORK
Pekerja tuntut Paycomm selesai gaji tertunggak
Hazayani Zakaria
AMPANG, 4 Ogos: Sekumpulan pekerja syarikat telelomunikasi, Paycomm Network Sdn. Bhd hari ini menuntut pihak syarikat berkenaan segera membayar gaji mereka yang tertunggak selama dua bulan, bermula Jun lepas.
Kira-kira 400 pekerja itu juga menggesa pihak syarikat menarik kembali arahan agar mereka mengambil cuti tanpa gaji selama empat hingga enam bulan dalam piket aman yang diadakan di hadapan Menara Maxisegar, dekat sini.
Piket itu juga berikutan usaha mereka untuk bertemu dengan pengarah syarikat, Datuk Muhammad Farid Ahmad Rizuan bagi berbincang mengenai masalah mereka menemui kegagalan.
Difahamkan, syarikat yang menguruskan telefon awam di seluruh Kuala Lumpur ini mengalami masalah kewangan sejak Telecom Malaysia menghentikan perkhidmatan telefon awam di bawah seliaan syarikat berkenaan akibat kegagalannya membayar bil kepada Telekom.
Namun, Muhammad Farid didakwa tidak berterus terang dengan kakitangannya mengenai masalah yang dialami sebaliknya terus menghilangkan diri.
Bercakap kepada media selepas itu, Yang Dipertua Kesatuan Paycomm Sdn. Bhd, Shahrin Abdullah (gambar) berkata, arahan yang dikeluarkan pihak syarikat agar mereka bercuti tanpa gaji bermula 1 Ogos, sangat tidak wajar kerana majoriti pekerja mempunyai tanggungjawab untuk menanggung keluarga.
Lebih-lebih lagi ujarnya, umat Islam bakal menyambut Ramadhan dan Syawal yang sudah tentu memerlukan kewangan.
"Kami sangat dukacita dengan majikan kerana gagal melaksanakan tanggungjawabnya kepada kami. Kami menuntut gaji yang sudah dua bulan tidak dibayar oleh pihak syarikat.
"Pihak syarikat arahkan semua kakitangan ambil cuti tanpa gaji selama enam bulan. Memandangkan bulan hadapan kita akan menyambut Ramadhan dan raya kami merasa dukacita dengan keadaan sekarang. Di mana kami nak cari duit sedangkan kami sudah bekerja lebih daripada 10 tahun," katanya.
Menurutnya juga, terdapat pekerja mengalami krisis rumahtangga akibat masalah kewangan setelah tidak dibayar gaji.
"Ada staf yang sekarang ini sedang menyelesaikan masalah perceraian di mahkamah akibat masalah kewangan yang melanda," katanya.
Tambahnya, sebahagian daripada mereka juga mahu syarikat berkenaan diambil alih oleh majikan lain dan meminta Muhammad Farid mengundurkan diri.
"Sebahagian besar daripada kami berharap akan ada syarikat lain yang ambil alih tak kira lah GLC ke apa tapi mereka tidak mahu berada di bawah Datuk Farid lagi.
"Sebab dia tidak menunaikan janji, bila nak berjumpa dia tak mahu, tak jawab telefon dan sebagainya sedangkan sebahagian daripada kami masih nak bekerja lagi," katanya.
Sehubungan itu, mereka memberikan tempoh seminggu kepada Muhammad Farid untuk menyelesaikan masalah mereka sebelum tindakan undang-undang terhadapnya diambil.
"Tindakan selanjutkan kami bagi tempoh seminggu kepada Datuk Farid dan selepas itu kami akan ambil tindakan mahkamah," tegasnya.
Syarikat Paycomm Network Sdn Bhd dahulunya dikenali sebagai Time Reach Sdn Bhd dan juga dikenali sebagai Uniphone Sdn Bhd sebelum itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam... wah macam nie memang susah.. kalau gaji tak di bayar habis keperluan macam mana ? semua pakai hutang ... boss dia tak betul lah... kalau mcm nie rampas ajer harta benda boss dia... buat bayar gaji pekerja...
Post a Comment