Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, August 17, 2010
BUKAN RAHSIA LAGI ! ?
Semua orang tahu tentang hubungan ini? Hari ini lagi ramai akan tahu. Ia bukan rahsia lagi. Peguam Negara dan Azailiza dilaporkan oleh Raja Petra kamaruddin kerap melakukan perjalanan ke luar negeri bersama dan, kunun untuk menyelamatkan wang cukai, mereka pun dikatakan berkongsi sebuah bilik hotel daripada menempah bilik-bilik berasingan. 'Jimat tak?'
Pendedahan kejutan RPK sebelum ini ialah saksi utama pendakwaan Saiful Bukhari Azlan ada hubungan dengan DPP Farah Azlina Latif.
Pendedahan kejutan kedua ialah pembantu Perdana Menteri Najib Tun Razak Khairil Annas Jusoh ada hubungan dengan Saiful Bukhari Azlan.
Dan jeng jeng jeng ... sekarang Peguam Negara pula ada hubungan dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Azailiza Mohd Ahad. RPK diLondon boleh dapat maklumat macamna jiran yang tertuduh? tak perasan atau tiada perasaan nak laporkan perkara mungkar. Patutlah negara Malaysia terutama bulan puasa ni panas, cuaca memang dah panas ditambah dengan kes buang anakm polis pukul rakyat dan rasuah itu rasuah ini. Rasuah diganti dengan kes tipu dan sebagainya.
Kelihatannya teruk sangat dan memalukan bila belaku di Istana Keadilan (Palace of Justice). Dengan Ketua Hakim Negara secara haram mengahwini isteri kedua di Thailand dan kemudian merosakkan bukti untuk lepas daripada pendakwaan, seperti mana seorang ahli Parlimen dari Sabah, ia membuatkan kita merasa takjub bagaimana mereka mempunyai masa yang cukup untuk bersedia menghadapi kes-kes di mahkamah.
Associated Press melaporkan, "Seorang hakim Malaysia berkata pada hari Isnin menganggap tuduhan hubungan di antara peguam pendakwa kerajaan dan lelaki yang telah menuduh ketua pembangkang Anwar Ibrahim liwat adalah benar tetapi hubungan itu tiada kompromi dengan kes."
Mengapa Peguam Negara tidak mahu mengesahkan atau menafikan dakwaan seorang ahli pasukannya mempunyai hubungan dengan saksi utama? Bukankah mudah jika dia hanya menafikannya dan menyelesaikan keseluruhan masalah itu?
Dia tidak bersedia untuk menjerut lehernya, terutamanya, kerana beliau mengetahui ianya benar dan jika dia cuba untuk menidakkannya, lebih banyak najis akan dilemparkan padanya. Tetapi apa yang lebih penting, dia bimbangkan bahawa jika dia menafikannya, kemudian kami akan mengeluarkan satu lagi dakwaan hubungan, kali ini membabitkannya dan Datuk Azailiza binti Mohd Ahad, Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Peguam Negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment