
Kelmarin PM di Assalam PJ mudah-mudahan lepas ini ke Assalam Bkt Sentosa pula.
PM dan para menteri kena fokus kepada Parlimen Hulu Selangor walaupun Ahli Parlimen Bn telah memenangi kerusi P094 namun para bank-bank masih gusar dan ragu-ragu untuk memberi pinjaman atau cagaran perumahan di Bukit Sentosa apatah lagi bukit Beruntung.
Pihak Kerajaan Pusat wajar menasihatkan bank-bank tempatan melihat sendiri kepesatan yang belaku di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa yang mempunyai banyak fasa.
Ramai kecewa tidak dapat kepercayaan bank bagi membantu mereka membeli rumah termasuk rumah lelong. Yang sedihnya semenjak PM hadir ke Bukit Sentosa khasnya Bandar Bukit Sentosa tiada tambahan bank yang sanggup membuka cawangan, yang ada pertambahan ATM di Stesyen Minyak. Bank Pertanian pun tak berani buka cawangan walaupun Menterinya yang kunun jaga Hulu Selangor semenjak PRK )94 yang lalu adalah Mohd Noh Omar.Ketiadaan Bank-bank ini lah yang yang melembabkan pembangunan dan kerancakan ekonomi di situ.
Dari pekarangan Masjid Assalam ,Taman Manja Petaling Jaya DS Najib sebagai Pm berkata “Kita ada perancangan induk. Kita akan umum kadar pertumbuhan yang memberangsangkan esok (hari ini). “Ringgit tahun ini juga muncul mata wang paling kukuh di Asia Tenggara,” . Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai dan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), Datuk Idris Haron.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayangkan kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi suku kedua tahun ini dijangka lebih memberangsangkan berbanding sebelum ini. Menurutnya, pencapaian itu adalah hasil komitmen kerajaan untuk membangunkan negara melalui perancangan yang tersusun. “Jika negara dapat mengekalkan pertumbuhan ekonomi pada kadar enam peratus, dalam 10 tahun ini Malaysia boleh menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.
Pada majlis itu Najib turut menyampaikan bantuan kepada kira-kira 300 penduduk terdiri ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) serta sumbangan RM50,000 bagi pembangunan masjid terbabit. Najib berkata, kerajaan akan tetap terus berjuang atas landasan membela rakyat dan membangunkan negara. “Inilah janji kita supaya Malaysia menjadi lambang kejayaan negara yang sedang membangun. “Kita berharap rakyat memberi peluang kepada kita untuk melaksanakannya kerana kita mempunyai perancangan induk,” katanya.
No comments:
Post a Comment