Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, August 10, 2010

ECEH ! ADA NOTA TERAKHIR PULAK ?

Inkues dan dilakukan lebihkurang 365 hari,TUP-TUP MELETUP PEGUAM NEGARA (AG) kata ada Nota Terakhir demi kelangsungan penipuan atau agenda fitnah terancang?

Komen Dari Teguran Tajuk Asal Artikel/Berita ini : Teman mohon maaf jika terkasar cuma teman tulis menjelang Ramadhan dan bukan pada Ramadhan. Itu dari segi fakta . Walaubagaimanapun teman terima sebagai kesilapan dan kelemah teman, mudah-mudahan kita tidak terlanjur dan sentiasa jadi manusia yang pemaaf.

Sempena bulan puasa dan bulan Ramadhan al-mubarak ini bermuhasabahlah wahai pemimpin UMNO, ahli UMNO dan rakyat penyokong dan bukan penyokong UMNO/BN.Janganlah membuat fitnah atau rekaan atau apa-apa yang boleh menganiaya orang yang tidak berdosa walaupun kununya untuk menyelamatkan atau untuk memenangkan perbicaraan demi nak tunjuk kehandalan patuh arahan pemimpin yang tidak betul.Doa ini khusus pada orang-orang Islam yang terlibat di dalam Mahkamah dan pengurusan mahkamah.

KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Pejabat Peguam Negara menafikan dakwaan mereka menyembunyikan bukti dalam inkues kematian Teoh Beng Hock selepas mengemukakan sekeping nota yang ditemui tahun lepas dalam beg sandang Teoh, yang mungkin mengandungi petunjuk tentang kematian bekas setiausaha politik pemimpin DAP itu. Penemuan bukti baru itu yang dikemukakan pagi semalam menyebabkan prosiding inkues yang sepatutnya didengar semalam ditangguh sehingga 18 Ogos.

Kenyataan pejabat Peguam Negara itu, dikeluarkan lewat petang semalam menjelaskan, pejabat Peguam Negara dimaklumkan mengenai penemuan nota itu oleh pegawai penyiasat ASP Nazri Zainal pada 7 Oktober lalu iaitu lebih dua bulan selepas kematian Teoh.

Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga bekas setiausaha politik itu dan kerajaan Selangor.
Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh memberitahu pemberita keadaan yang berlaku menunjukkan seolah-olah sesuatu yang dirancang dan beliau amat kecewa atas apa yang berlaku kerana bukti itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding.

Gobind berkata berikutan keadaan ini, beliau memohon supaya inkues dibicarakan menerusi Suruhanjaya Diraja dan berharap Peguam Negara dapat memberi penjelasan berhubung bukti baru ini.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, pada mulanya Ahmad Nazri tidak menemui nota tersebut ketika beliau memeriksa beg sandang Teoh sebaik insiden berlaku.

Bagaimanapun, ia berkata Ahmad Nazri baru-baru ini mengaku yang dia menjumpai nota tersebut ketika memeriksa beg sandang simati pada 17 Julai tahun lepas tetapi tidak menyedari kepentingannya kerana turut menjumpai dokumen lain dan ia ditulis dalam tulisan Cina dan Rumi.

Kenyataan itu menjelaskan penemuan bukti tersebut mengejutkan pejabat Peguam Negara dan ia mengarahkan siasatan dijalankan.

Katanya nota itu dengan segera diterjemahkan, dan terdapat cukup fakta untuk nota itu dianalisis oleh pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia pada 9 Oktober dan kemudiannya pada 20 Oktober tahun lepas.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Ustaz,tolong betulkan ayat tu.Bulan Ramadhan bulan rahmat bukan bulan bala.Bulan Ramadhan Allah memberi peluang kepada hamba-hambanya bertaubat bukan nya menurunkan bala.Setahu saya Allah tak pernah turunkan bala (walaupun pada musuhNya)bulan Ramadhan.
kalau saya salah betulkan

BeDa said...

Ramadhan menjelang... ia tamu istimewa yang membawa banyak keutamaan. Menemuinya dalam kondisi ikhlas dan bersih dari hak Adam adalah kebaikan. Dari lubuk hati yang paling dalam, mohon maaf atas segala kesalahan dan kekhilafan

Salam ukhuwah