Dari Allah kita datang kepada Allah kita akan kembali kepadanya. Hj. Annas telah meninggal dunia pada jam 8.50 pagi di Hospital Ampang 19 Ogos 2010 setelah sekian lama mengalami keuzuran dengan penyakit yang dihidapinya.
Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Keramat Permai.
Sedekahkan bacaan surah al-Fatihah dan kita berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya bersama-sama orang-orang yang beriman.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum
Kali terakhir teman berjumpa beliau(allahyarham)adalah diperhentian rehat AirKeroh diMelaka ketika dalam perjalanan balik dari Johor tahun 2007. Sempatlah berbual serba sedikit dengan beliau.Diwaktu itu beliau tinggal dan bekerja di Kedah.Teman berasa sedih ketika mendengar berita beliau menghidapi penyakit serius dari sahabat-sahabat teman dikampong teman, dimana beliau adalah antara pengasas awalan pernubuhan Pas cawanganBukitsentosa2 dan memberi sumbangan besar kesinambungan perjuangan Islam bagi Pascawanganbukitsentosa2 ini.Sewaktu beliau tinggal diBukitsentosa2 ia adalah jiran yang baik bagi teman,rakan perjuangan dan penyumbang harta dan tenaga sehingga terdirinya surau AlMustaqqim dikampong teman.Semoga Allah memberi rahmat kepadanya dan dimasukkan golongan yang mendapat syurga tertinggi disisi allah s.w.t.Sabar dan istiqamah untuk isteri dan keluargannya menempoh kehidupan yang mendatang.Sudah pasti allah akan menolong orang yang sabar dan redha dengan kehendaknya.
Post a Comment