Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, July 13, 2010

UMNO PAHANG KENA BAYAR HUTANG


UMNO Pahang sepatutnya dah alam kena bayar 77 juta kepada Rose Ong, pelabur Australia dalam masa 14 hari setelah Mahkamah Tinggi Kuantan pada bulan Mei 2007 perintahkan UMNO Pahang berbuat demikian. Jika UMNO enggan, mereka akan diseret oleh Peguam Diraja ke Mahkamah Antarabangsa di Hague, Belanda.

Makin bangkraplah UMNO selepas ini. 77 juta bukannya sikit. Kepada rakyat Pahang, sedarlah bahawa anda selama ini dirompak oleh UMNO Pahang. Sedarlah sikit. Ubahlah cepat-cepat sebelum terlambat.
Imej buruk di mata pelabur

Februari lalu akhbar edisi internet Adelaide Now dari Australia melaporkan, Rose Ong, iaitu rakan kongsi SGM dari negara itu telah memberi amaran kepada pelabur-pelabur dari Australia agar berhati-hati melabur di Pahang kerana kerajaannya melanggar undang-undang.

Di bawah artikel bertajuk “Adelaide timber investor fights for $21m payout”, Rose berkata, mahkamah tinggi telah mengarahkan kerajaan negeri membayar ganti rugi sebanyak RM 63 juta ($21 million), tetapi Kerajaan Negeri Pahang tetap enggan membayarnya.

“Penghakiman oleh mahkamah tinggi dan mahkamah persekutuan Malaysia kedua-duanya menyebelahi kami (dalam tuntutan saman) namun Kerajaan Negeri Pahang tetap enggan membayar,” katanya.
pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGM) terhadap Kerajaan Negeri Pahang yang berlanjutan sejak satu dekad, terus menjadi topik bualan ramai di negeri ini. Sesetengahnya pula bertanya, sehingga bilakah kes tersebut mahu dibiarkan terus berlarutan.

Apa yang dimusykilkan orang ramai ialah keengganan melengah-lengahkan pembayaran tersebut bermakna jumlah bayaran semakin meningkat kerana wang faedahnya sebagaimana diputuskan mahkamah terus bertambah sebanyak RM8,300 sehari.

Menurut sumber, jumlah yang kena bayar sehingga kini sudah hampir menjangkau RM70 juta! Oleh kerana keputusan membayar telah dikeluarkan oleh mahkamah, tidak dapat tidak pembayaran mesti dibuat. Jika kerajaan negeri yang membayar, itu bermakna wang rakyat yang akan dikorbankan bagi menyelesaikan kes tanah Umno.

SGM ialah syarikat kontraktor pembalakan yang telah menerima hak eksklusif mengeluarkan saki baki kayu balak di tanah milik Umno iaitu P.T. Lot 6959 Mukim Bebar, Pekan seluas 10,000 ekar pada tahun 2000 lalu.

Ceritanya bermula apabila SGM telah membayar kepada Umno Pahang untuk mengeluarkan saki baki balak dikawasan terbabit, sebelum kerja-kerja pembalakan selesai Jabatan Perhutanan Pahang enggan melesenkan kepada SGM pada sebahagian tanah yang ditender sehingga menyebabkan syarikat tersebut mendakwa mengalami kerugian besar.

Ekoran itu SGM telah mengambil tindakan mahkamah sebagai jalan terakhir setelah kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri enggan melayan tuntutan SGM untuk mendapatkan lesen bagi meneruskan kerja-kerja pembalakan.

Justeru itu Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 telah mengeluarkan suatu perintah kepada defendan supaya membayar ganti rugi berjumlah RM37,127,471.60 kepada SGM berserta kadar faedah 8 peratus setahun mulai Disember 2000 kepada SGM.

Ini setelah Mahkamah Tinggi Kuantan mendapati Pengarah Perhutanan Negeri telah bertindak secara cuai apabila enggan menggunapakai pelan terkini yang dikemukakan syarikat itu yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 5 April 2000, sebaliknya mengarahkan pelan asal yang diluluskan oleh exco pada 7 Januari 1998, digunapakai.

Dalam pada itu pihak defendan ada memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. Bagaimana pun penghakiman Mahkamah Rayuan bertarikh pada 13 Februari 2008 kedua-dua defendan (Kerajaan Pahang dan Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang) gagal dalam rayuannya untuk mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi Kuantan.

Pada 7 Mac 2008 pula, Mahkamah Tinggi Kuantan telah memperakukan sijil perintah dan amaun penghakiman terhadap kedua-dua defendan daripada Mahkamah Tinggi Kuantan (keputusan penghakiman 25 Mei 2007).

Tarikh 7 April 2008 sepatutnya adalah hari wajib bayar iaitu tarikh akhir bagi pihak defendan kepada SGM. Namun pihak defendan telah gagal membuat apa-apa bayaran ataupun menghubungi SGM. Maka secara automatik pihak kerajaan negeri dianggap melanggar dan menghina keputusan mahkamah.

Pada 20 April 2009 pula Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan perintah mandamus (memaksa pihak berkuasa mematuhi perintah mahkamah) terhadap Adnan dan kerajaan negeri bagi melunaskan bayaran RM63 juta kepada SGM dalam tempoh 14 hari.

Namun begitu, keputusan terbaru Mahkamah Rayuan ialah menamakan Pegawai Kewangan Negeri Pahang sebagai penerima mandamus menggantikan Menteri Besar Pahang yang menerimanya dari mahkamah sebelum ini kerana konteks negeri Pahang penjawat merupakan orang yang bertanggungjawab mengeluarkan bayaran.

No comments: