Berita Harian melaporkan 3 penjenayah amat dikehendaki ditembak mati ketika memecah masuk rumah ketua cawangan UMNO di Kg Air Gelugor Tenai, Gemencheh, Seremban dan seorang sempat melarikan diri. Kejadian berlaku jam 5 pagi tadi.
Beberapa hari sebelum itu,pada 5 Julai, 4 lelaki ditembak mati ketika merompak di kediaman exco Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat dan di Pantai Selamat, Jalan Teluk Sisek, Kuantan. Menurut berita RM300 000 dilarikan dari rumah tersebut. Seorang perompak sempat melarikan diri. Rompakan ini menjadi pertikaian dengan angka RM300 000 dan 4 yang ditembak mati.
Boleh diandaikan rumah-rumah UMNO terutama EXCO dah dicop oleh penyamun dan perompak la nie memang ada banyak wang tunai untuk di samun.
Tetapi nyawa mereka (penjenayah & perompak) seperti telor dihujung tanduk. Banayangkan 2 kes samun 7 perompak dah mati. Hebat polis Malaysia. Mudah-mudahan tida perompak atau penyamun nak buat kerja itu lagi.
No comments:
Post a Comment