Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, July 14, 2010

PATUT BERIA-RIA NAK LAKSANA GST, KOS NAK MULA JER RM222,000,000

Belum kutip cukai , kroni dah guna duit kerajaan rm222 juta !!!
Takkan takder cara nak jimat, setiap kementerian ada programmer ,juruanalisa sistem dan komputer engineer .Kenapa tak guna mereka menyediakan sistem untuk kutip GST?
Kenapa nak keluar kos berjuta-juta cuma bertujuan nak adakan sistem kutip GST?
Dah siap sistem, kutiplah cukai. Bukan banyak nak keluar duit, gunakan komputer yang dah ada tu bila dah kutip cukai dalam setahun barulah beli komputer baru.
Kalau bagi kat teman, taulah teman buat.Kalau buat tender pun ambil masa juga dan kos berjuta-juta cuma nak adakan sistem berkomputer.Cubalah CUEPACS periksa berapa ramai pakar komputer dan penulis program dan perancang sistem dalam semua kementerian. Kalau semua boleh buat jadi 1Malaysia kenapa kementerian tak boleh disatukan untuk buat projek ini?


RM222 Juta Kos Permulaan GST: PM
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebanyak RM222 juta diperuntukkan sebagai kos permulaan bagi melaksanakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk memastikan sistem itu dapat dilaksanakan di Malaysia dengan lancar, teratur dan berkesan.

Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, berkata peruntukan itu meliputi kos pembangunan sistem perkomputeran GST sebanyak RM139 juta dan tambahan kos operasi kepada agensi pelaksana GST iaitu Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebanyak RM83 juta.

“Kos penyelenggaraan bagi setiap tahun dianggarkan sebanyak RM8.5 juta,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Teo Nie Ching (DAP-Serdang) di Dewan Rakyat, semalam yang bertanya mengenai anggaran kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan untuk lima tahun pertama dalam pelaksanaan GST termasuk kos pembangunan sistem, kos penyelenggaraan dan kos operasi.

Menjawab soalan Hee Loy Sian (DAP-Petaling Jaya Selatan), Najib berkata, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah memfailkan saman terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Gan Boon Aun dan bekas Ketua Pegawai Kewangan, Lo Chok Ping.

Langkah yang sama juga telah diambil oleh pihak pengurusan baru Transmile sendiri ke atas Boon Aun dan Chok Ping. - Bernama

No comments: