Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, July 27, 2010

MULAI 1 OGOS GURU DIBENAR BERPOLITIK ! SYUKUR ALHAMDULILLAH


Hanya Guru gred 41 hingga 48 dibenar terlibat dalam politik
Tak kira samada BN dah terdesak atau tidak, yang penting guru tersebut bebas memilih parti yang perlu diperjuangkan. Bukan taat tak bertempat kepada BN sahaja.
KUALA LUMPUR 27 Julai - Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi tujuan itu, beliau berkata, pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad,” kata Mohd Sidek.

Beliau berkata, syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.

Katanya, mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik. - Bernama

3 comments:

Ateh Nour said...

Assalamualaikumm
Jangan cikgu asik berpolitik sampai lupakan anak murid...Sedang2 aja sudahlah...

azman kamarul said...

Salam perjuangan.

Alhamdulillah akhirnya merasa juga aku dapat berkempen!.
Jangan risau LIPISLADY kami orang PAS tak adalah nak buat macam perangai macam GURU BESAR DAN CIKGU-CIKGU UMNO kalau berpolitik sampai tak balik sekolah!...ini realiti yang tidak tersurat tetapi jika diselidiki masyaallah, Allah saja yang tau!

Kami orang PAS tau mana betul mana tak betul, kami akan bergiat aktif untuk memenangkan PR dalam PRU 13 nanti.

Jangan haraplah umnobn nak dapat undi cikgu lagi....dah banyak sangat kamu menyusahkan guru terutama DG41 ke atas.

PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 said...

Sebenarnya dari dulu lagi dah ramai guru-guru terlibat sebagai wakil SPR dan yg tak bagusnya mereka sebahagianya jadi suruhan kerajaan BN. Sepatutnya kalau nak kempen utk UMNO mereka tak boleh jadi SPR , hanya mengundi sahaja. Begitu juga ahli Pakatan rakyat, kalau nak jadi pengempen tak manislah jadi SPR pula.