Jiran Palestin iaitu Mesir memang tidak sepatutnya menganiaya jiran dan menzalimi rakyat Palestin yang serba daif dan kesusahan. Mesir sanggup menutup sempadan sehinggakan para sukarelawan dari negara luar tidak dibenarkan melalui sempadannya untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.
Lihat pula individu ini yang dari bangsa Yahudi pun tak sanggup melihat kezaliman pemimpin negaranya.
JUTAWAN-Yahudi, Roberth Harush (58) membiayai pembangunan masjid besar di Montereau, Perancis sebagai toleransi agama. Roberth yang asli warga Ashkelon Israel telah berjaya menjadi pegusaha real estate di Perancis sejak 10 tahun terakhir.
Ia mengaku muak dengan tingkah laku Israel yang menimbulkan kecaman dunia terhadapnya. Sebagai bentuk toleransi agama, ia memutuskan untuk membiayai keseluruhan pembangunan sebuah masjid di Perancis bagi masyarakat muslim di situ.
Ayah empat anak ini dibesar di Ashkelon, Israel. Apabila ia bersara dari ketenteraan Israel, kemudian ia mencuba nasibnya dalam perniagaan real estate di Eropa dan kini ia menjadi jutawan. Kejayaannya telah berjaya memenangi banyak tender pembangunan hotel dan bangunan-bangunan mewah yang bernilai ratusan juta dolar AS.
Selain berjaya di Eropa Harush juga melabur modal perniagaannya di Ashkelon Israel iaitu negaranya. Jutawan Yahudi ini juga mempunyai rumah di Cast Lead, Israel dan ia pernah ditimpa tragedi serangan roket Grad dari Hamas yang mendarat berdekatan rumahnya.
Pembangunan masjid untuk umat Islam di Perancis itu bermula ketika Datuk Bandar Montereau, sebuah Bandar yang berdekatan dengan Paris mengumumkan bahawa pihak masjid memerlukan sumbangan untuk membaiki sebuah bangunan masjid di Bandar tersebut.
Setelah mendengar pengumuman Datuk Bandar tersebut dan ia berkata-kata di dalam hatinya :
"Di sinilah kesempatan untuk membawa orang bergabung bersama-sama dan saya memutuskan untuk membiayai pembangunan masjid tersebut.”
Ramai orang tergejut dengan niatnya untuk membantu membiayai pembangunan masjid tersebut. Ia berkata kepada orang ramai bahawa :
"Saya sudah muak dan lelah. Sepatutnya orang yang waras dan berpelajaran muncul untuk menyatukan dan menamatkan persengketaan antara Islam dan bukan Islam. Segala sumbangan yang saya hulurkan untuk pembangunan masjid ini bukan usaha murahan tapi saya lakukan dengan seikhlas hati.”
Para pemimpin masyarakat Muslim di Montereau, Perancis mengucapkan terima kasih kepada Harush atas sumbangannya untuk membaiki masjid dan meminta supaya menjaga hubungan yang baik antara agama dan bangsa.
Sebelum itu juga, Harush telah membiaya pembangunan Sinagog terbesar dan paling megah di Asheklon Israel pada tahun lalu dan dinamai dengan nama mendiang ayahnya.
"Saya sendiri bukan orang agama. Tapi saya perlu mengambil langkah politif untuk menyatukan orang Yahudi, orang arab, sekuler maupun agama.”
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment