"KERAJAAN BODOH!" ... ungkapan dari blogger pendokong UMNO/BN ,sila baca sampai habis ..
Ungkapan di atas biasa dilafazkan oleh golongan rakyat marhain apabila:
1. Kerajaan menaikkan harga minyak, rentetannya harga barangan seperti gula naik, rakyat mengadu dan jawapan yang diberikan kepada rakyat hanyalah..."Kurangkanlah pengambilan gula."
2. Kerajaan lambat menyiapkan pembinaan jalanraya, terutama di kawasan-kawasan yang sesak dengan kenderaan. Akibatnya, banyak berlaku kemalangan dan kos penyelenggaraan kenderaan bertambah dek masuk lubang setiap hari. Tetapi kerajaan cuma mampu kata: "Adukan saja pada JKR!"
3. Kerajaan meluluskan polisi/rang undang-undang, tetapi tidak disusuli dengan mekanisma penguatkuasaan yang menyeluruh. Kakitangan kerajaan yang diamanahkan hanya menguatkuasakan perundangan pada waktu-waktu tertentu sahaja, tapi hebohnya umpama ayam bertelur riuh sekampung...mengalahkan pula program 'Jom Heboh'.
4. BN membelanjakan wang yang begitu banyak ketika PRK, terutamanya di negeri Kelantan sedangkan umum mengetahui sifat pengundi Kelantan ialah: "Demo hulor kito ambik, tapi pakoh tetap bule".
5. UMNO memberikan kepercayaan kepada individu seperti Zahid Hamidi, Hishamuddin, Sabri Chik, Khairy dan yang seangkatan dengan mereka untuk memegang tampuk kepimpinan...sedangkan seluruh rakyat mengetahui betapa mereka ini ada yang bermuka-muka, lemah dalam membuat keputusan, tiada pendirian, dan bersifat lalang.
6. Kerajaan mengutamakan permintaan 'orang tersayang' terutama yang melibatkan isu peruntukan kewangan dan dasar-dasar penting negara.
7. Pakcik Cino pemandu teksi di Cheras pula kata: "Kerajaan ar..manyak boloh. Apa pasat dia bikin itu paip bomba sana atas jalan laya? Mau kasi olang accident ka?..."
Kerajaan wajib mendengar rungutan rakyat, walaupun hakikatnya tiada manusia yang pernah berasa puas. Juga tiada kerajaan di dunia ini yang tidak pernah melakukan kesilapan kerana kerajaan itu ditadbir oleh manusia dan manusia itu bersifat lemah serba serbi. Namun, kurang juga manusia yang mahu berhenti sejenak, merenung, muhasabah diri, berfikir untuk mensyukuri atas nikmat & rahmat yang terlalu banyak Allah berikan kepada kita sebagai rakyat Malaysia selama ini. Mungkin kita hanya akan menyesal apabila semua nikmat itu diambil kembali suatu hari nanti.
Kerajaan memerlukan rakyat dan rakyat memerlukan kerajaan. Maka sama-samalah kita saling ingat mengingati antara kerajaan dan rakyat serta memberi kritikan beserta cadangan yang membina; bukan untuk kita semata, tetapi juga untuk generasi masa depan yang akan mewarisi negara ini.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment