Bekas setiausaha kepada Menteri Kewangan ke 2 Tan Sri Nor Mohamed Yaakop didakwa mempunyai 48 peti besi dalam rumahnya.
Hasbi Satar pernah ditahan oleh SPRM kerana mempunyai wang tunai RM2 juta yang disimpan dalam rumahnya, tetapi masih belum didakwa walaupun tangkapan telah dilakukan 7 bulan yang lepas.
Bagaimana rakyat nak bayangkan untuk apa Hasbi membeli 48 buah peti besi yang disimpan dalam rumahnya ?
Inilah masa untuk Umno/Barisan Nasional dan kerajaan membersihkan sama sekali rasuah. jangan yang kena ikan bilis sahaja , tetapi kepala jerung jugak harus disiasat.
Masanya dah tiba agar ahli parlimen bersatu dan meluluskan rang undang-undang memberikan KUASA MENDAKWA kepada SPRM dan SPRM wajar di bawah Parlimen.Kes ini adalah contoh betapa 'tiada kuku'nya SPRM dalam menyelesaikan secara total proses menahan dan mendakwa. Tapi jangan pula SPRM ikut arahan seseorang dengan membelakangkan prinsip keadilan.
Soalan cepumas kalau setiausaha ada 48 peti besi bagaimana agaknya bosnya?
1 comment:
84 peti kot ha ha ha
Post a Comment