Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, July 20, 2010

KERAJAAN BIRU TERLALU TERBuRU-BuRU HASILNYA AKAN JADI HARu-BIRu

Selangor Mahu Isu Air Ditangani Secara Cermat, Berhemah bukan terburu nafsu macam kes Kementerian Pelajaran nak hentikan UPSR tanpa membentangkan kertaskerja yang lebih-baik dari apa yang ada sekarang.

Kerajaan Selangor mengambil berat hasrat Kerajaan Persekutuan menyegerakan pelaksanaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) walaupun anggaran kosnya telah meningkat dari RM2 bilion kepada RM8 bilion.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpendapat Kerajaan Persekutuan terburu-buru melaksanakan PPAMPS dengan hanya berdasarkan spekulasi akan berlaku krisis air jika projek ini tidak dimulakan sekarang.

Tan Sri Khalid percaya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau Datuk Seri Peter Chin Kah Fui telah dikelirukan sehingga mempercayai krisis air akan berlaku menjelang 2014.

Walhal, kajian dari pakar industri air yang membandingkan unjuran jumlah penggunaan air masa hadapan kepada kapasiti pengualan air dan graf pertumbuhan penduduk menunjukkan bekalan air sedia-ada mampu menampung keperluan Lembah Klang sehingga 2019.

"Ia tidak perlu disegerakan tanpa mengambil kira pemahaman menyeluruh industri air," tegas beliau.

"Jika ia dipercepatkan tanpa kajian, kos itu akan meningkatkan beban hutang Kerajaan Malaysia," kata Khalid

Menteri Besar menyarankan Kerajaan Persekutuan memberi keutamaan kepada alternatif lain dan tidak terlalu mudah melaksanakan projek air mega.

Beliau mencadangkan usahasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri mempromosikan kitar semula air serta pengumpulan air hujan.

Antara lain, menggiatkan penerokaan sumber air alternatif seperti simpanan air bawah tanah dan tasik, serta mengurangkan kadar air tanpa hasil dari 35 peratus kepada kurang 20 peratus seperti yang berjaya dicapai Lembaga Air Pulau Pinang.

Tan Sri Khalid juga membayangkan sistem penghantaran air yang cekap, jitu dan menyeluruh dari utara Selangor hingga ke wilayah selatan.

No comments: