Senator Ezam Mohd Nor yang mempunyai bukti akhbar The Star dan portal Malaysiakini ada agenda jahat terhadap projek Istana Negara akan menyerahkan bukti-bukti tersebut kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Majlis Raja-Raja.
Kesemua bukti itu akan diserahkan kepada pihak berkenaan dalam tempoh terdekat kata Ezam dalam entri terbaru beliau, ezam-mohdnor.blogspot.com.
Kesediaan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan bukti-bukti itu adalah susulan pendedahan beliau mengenai plot pembangkang untuk menghina atau merosakkan institusi negara dan raja-raja Sabtu lalu.
Menurut Ezam, beliau mempunyai bukti bahawa akhbar The Star dan laman web Malaysiakini ada agenda jahat terhadap
projek Istana Negara yang baru [dalam pembinaan] dan mereka berselindung disebalik isu buruh asing.
“Fokus mereka adalah menimbulkan rasa marah rakyat terhadap projek negara dan sengaja memperbesar-besarkan isu gaji buruh asing yang sedang bekerja ditapak pembinaan projek tersebut,” katanya.
Ezam berkata, Malaysiakini mewar-warkan projek itu sebagai Istana Airmata "Palace of Tears" manakala The Star pula bersekongkol dengan orang kanan parti pembangkang yang beberapa hari sebelum itu mencemuh projek Istana Negara dengan menyamakan kos projek pembinaan istana ini sama dengan kos theme park di eropah.
Tegasnya, inilah bukti manupulasi jahat anasir yang ada agenda mahu merosakkan institusi asas negara.
“Ianya bukan satu isu rasis kerana Istana Negara bukan istana untuk sesuatu bangsa tetapi ianya istana bagi negara ini. Hanya orang yang rasis sahaja melihat negara sebagai bangsa dan mereka yang rasis adalah The Star dan Malaysiakini,” ujar beliau..
Sabtu lalu, Ezam meninjau sendiri tapak projek istana itu serta mendapatkan maklumat sebenar mengenai dakwaan kononnya pekerja asing di situ tidak dibayar gaji.
Bagaimanapun, beliau mendapati tuduhan itu tidak benar kerana hanya beberapa orang sahaja yang tidak dibayar manakala suk kontraktor pula menerima bayaran seperti biasa. -5/7/2010
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment