Ilmu tersebut datangnya dari Allah SWT melalui Kitabullah.
Al-Quran itu adalah pengubat segala permasaalahan manusia. Al-Quran itu penyembuh segala raja penyakit hati manusia. Al-Quran itu menjadikan manusia taat dan patuh kepada Allah Azza Wa Jalla. Lihat sahaja mereka-mereka yang taat kepada Allah SWT serta menjadikan Al-Quran itu rujukan dan panduan hidup mereka. Sebagai contohnya Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Nasaei, Imam Ibnu Majah, Imam Syafie, Imam Ghazali, Imam Hambali, Imam Maliki dan sebagainya. Mereka menguasai Al-Quran sejak dari umur bawahan lagi, manakala mereka juga meletakkan Al-Quran sebagai rujukan yang paling akrab dan berkesan dalam kehidupan mereka. Mereka-mereka ini juga adalah orang yang faham akan ayat-ayat Allah di dalam Kitabullah. Dan mereka-mereka ini juga merupakan orang yang menguasai sebilangan ilmu-ilmu Allah SWT. SubhanaAllah!
Kalau kita lihat dari surah Al-Baqarah iaitu ayat yang kedua, jelas kepada kita bahawa Allah SWT hendak menggambarkan kepada sekelian manusia bahawa Al-Quran itu adalah pedoman dan rujukan kepada kita. Allah SWT dengan jelas menyatakan dalam Firman-Nya di awal-awal pembukaan surah tersebut, agar manusia itu benar-benar mengikuti dan mempercayai dengan sepenuh yakin bahawa Al-Quran itu adalah datangnya dari Allah SWT. Pekara inilah yang kita sematkan dalam diri kita dengan penuh yakin. Jika keyakinan kita terhadap Kitabullah itu luntur, maka jauhlah kita sebenarnya dari syariat Allah SWT. Dan kita juga tergolong dari kalangan orang-orang yang lupa diri serta sombong terhadap Allah SWT.
Firman Allah SWT :
“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah – Ayat 2).
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment